Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Pahang

PEKAN – Seorang lelaki warga Kemboja yang dilaporkan hilang disyaki terjatuh ke Sungai Pahang di Kampung Pulau Keladi di sini Sabtu lalu ditemukan lemas.

Mayat mangsa berusia 51 tahun itu ditemui terapung di tepi Pulau Babi, berhampiran Pekan Riverfront di sini kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki itu jam 5 petang pada Sabtu.

Menurutnya, laporan polis dibuat adiknya selepas mendapati mangsa dan keluarganya tiada di rumah.

“Pada hari kejadian, difahamkan Jabatan Imigresen melakukan serbuan di kawasan tersebut dan hasil semakan waris mendapati isteri dan enam anak mangsa telah ditahan namun lelaki itu tiada dalam senarai tangkapan.

“Justeru adiknya membuat laporan polis selepas syak mangsa terjatuh ke dalam sungai,” katanya, lapor Sinar Harian.

Mohd Zaidi berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya menggerakkan operasi mencari dan menyelamat pada Ahad di kawasan berdekatan rumah mangsa dibantu anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pekan sebelum mayatnya ditemui.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan berunsur jenayah.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pekan untuk proses bedah siasat. Pengecaman waris mengesahkan mayat itu adalah mangsa yang dilaporkan hilang,” katanya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok