22 penyelidik sertai ekspedisi saintifik 5 hari di Hutan Simpan Resak

ROMPIN – Seramai 22 penyelidik antara 120 peserta mengikuti Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Paya Gambut di Hutan Simpan Resak, Pekan, selama lima hari bermula semalam.

Mereka mewakili sembilan universiti selain Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Enggang (Pekan) Sdn Bhd (Enggang) dan The Habitat, menumpukan kepada kajian fitokimia, hidrologi, tanah, ekologi hutan, flora dan fauna.

Ketua Penyelidik, Dr Shamsul Khamis berkata, sambutan penyelidik pada ekspedisi kali ini begitu menggalakkan, mereka teruja untuk merungkai khazanah paya gambut selain bagi mengisi kalendar penyelidikan mereka di negara ini.

Menurutnya, kumpulan penyelidik akan menjalankan kajian dalam kawasan Hutan Simpan Resak membabitkan enam laluan atau denai yang terkenal dengan pelbagai tumbuhan tanah lembap termasuk pokok balak seperti ramin, meranti paya dan kempas, lapor Berita Harian.

Katanya, ekspedisi lima hari itu diharap dapat merungkai dan menemui apa yang terdapat di kawasan hutan paya gambut yang terkenal di Pahang membabitkan daerah Pekan, Kuantan dan Rompin.

Majlis Pelepasan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Paya Gambut itu disempurnakan Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Harry Yong, di Kompleks Rakan Muda Rompin.

Turut sama, Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Latiff Mohamad, Ekspedisi itu dianjurkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dengan sokongan Projek Pengurusan Lestari Ekosistem Tanah Gambut di Malaysia, Enggang dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penyelidik, Prof Madya Dr Amirrudin Ahmad dari Universiti Malaysia Terengganu, berkata beliau membuat kajian mengenai ikan air tawar dan herpetofauna yang terdapat di Sungai Merchong yang terletak dalam Hutan Simpan Resak.

“Saya akan mengambil contoh seberapa banyak spesies ikan air tawar dan ikan hiasan untuk dibuat kajian lebih lanjut di makmal sebelum diserahkan kepada pihak penganjur.

“Pengalaman sebelum ini memang terdapat banyak ikan hidup dalam kawasan paya gambut.

“Sebagai contoh, pada Ekspedisi Kepelbagaian Biologi Sungai Bebar di Runchang, Pekan, pada 2005, lebih 60 spesies ikan hiasan ditemui, ” katanya.

k

Related Posts

200 penerima STR Beluru manfaat agihan di Jualan Rahmah MADANI

BELURU – Seramai 227 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di kawasan Beluru hadir menerima bantuan masing-masing dalam program agihan yang diadakan di Dewan Masyarakat Beluru, sebelum turut memanfaatkan peluang berbelanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM6.4 juta diperuntuk jayakan kempen kesedaran alam sekitar I-Hijaui

MEMBAKUT – Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah memperuntukkan sebanyak RM6.4 juta kepada 25 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai program berkaitan kempen Inisiatif Hijau (I-Hijau)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

200 penerima STR Beluru manfaat agihan di Jualan Rahmah MADANI

200 penerima STR Beluru manfaat agihan di Jualan Rahmah MADANI

RM6.4 juta diperuntuk jayakan kempen kesedaran alam sekitar I-Hijaui

RM6.4 juta diperuntuk  jayakan kempen kesedaran alam sekitar  I-Hijaui

Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi

Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi

Pas mula masuk FELDA, cipta persepsi konon dapat sokongan peneroka

Pas mula masuk FELDA, cipta persepsi konon dapat sokongan peneroka

Industri padi negara perlukan reformasi menyeluruh, bukan sekadar retorik politik