Kekeliruan istilah ‘sekolah daif’ perlu diperbetulkan

SANDAKAN – Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, James Ratib berkata, masih ramai rakyat khususnya pengguna media sosial keliru mengenai istilah ‘sekolah daif’ dan ‘bangunan daif’ yang sering digunakan di Sabah.

Menurut James, keadaan di Sabah ketika ini bukan melibatkan keseluruhan sekolah yang uzur, sebaliknya hanya beberapa bangunan tertentu dalam kawasan sekolah yang perlu dinaik taraf atau diganti.

“Di Sabah sebenarnya sudah tidak ada sekolah daif secara keseluruhan. Yang ada ialah bangunan daif dalam sekolah tersebut.

“Sesebuah sekolah mempunyai bangunan dibina pada tahun berbeza seperti 1980-an, 1990-an malah ada juga bangunan baharu pada 2023 dan 2024. Jadi bukan semua blok berada dalam keadaan daif,” jelasnya ketika ditemui media selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Sandakan, di sini, pada Sabtu.

Tambahnya, jika sebuah sekolah dikategorikan sebagai sekolah daif, ia bermaksud semua bangunan di kawasan sekolah berkenaan rosak dan tidak selamat digunakan.

Namun katanya, kebanyakan sekolah di Sabah hanya mempunyai beberapa blok lama yang diperbuat daripada kayu dan dibina sejak tahun 1970-an atau 1980-an.

“Bangunan lama inilah yang kita gantikan dengan struktur konkrit, manakala bangunan lain yang masih baik terus digunakan,” katanya.

Tambah beliau, penggunaan istilah sekolah daif selama ini menyebabkan ramai menganggap keseluruhan sekolah berada dalam keadaan uzur.

Justeru kongsinya, kerajaan mahu membiasakan penggunaan istilah bangunan daif supaya lebih tepat dan mudah difahami rakyat.

Dalam perkembangan sama, James berkata, masih banyak bangunan lama di luar bandar Sabah memerlukan peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi kerja-kerja penggantian dan naik taraf.

Tambahnya lagi, situasi sama turut melibatkan klinik kesihatan lama yang sebelum ini menggunakan struktur kayu dan kini diganti secara berperingkat dengan bangunan konkrit.

Terdahlu, James menjadi perhatian selepas menerima kritikan dalam talian susulan kenyataannya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bahawa tiada lagi ‘sekolah daif’ di negeri itu, sebaliknya hanya melibatkan bangunan daif.

Dalam ucapan penggulungan, beliau memaklumkan sebanyak RM11.55 juta diperuntukkan tahun ini bagi projek bangunan daif skala enam yang melibatkan 13 sekolah yang sedang dalam pembinaan.

Beliau turut menjelaskan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) telah menerima peruntukan RM94.7 juta setakat 28 April, manakala projek skala tujuh bagi tahun 2026 melibatkan 20 sekolah dianggarkan bernilai RM1.47 bilion.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi