Nilai stok pasir sungai di Pahang mencecah RM500 juta – Wan Rosdy

KUANTAN – Kerajaan Pahang berharap diberi pertimbangan sewajarnya oleh Kerajaan Persekutuan berhubung kelulusan eksport pasir sungai bagi tujuan meningkatkan kutipan hasil negeri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, berdasarkan anggaran semasa, stok pasir di Sungai Pahang berpotensi menjana pulangan mencecah RM500 juta.

“Hasil itu akan dimanfaatkan untuk pelbagai keperluan pembangunan negeri termasuk pembangunan kawasan luar bandar, perumahan rakyat, pendidikan, kesihatan serta pelaksanaan pelbagai inisiatif kebajikan di bawah program Inisiatif Makmur Pahang,” katanya dalam kenyataan.

Wan Rosdy menjelaskan, aktiviti pengorekan pasir secara terkawal turut memberi manfaat kepada pengurusan sungai.

Ujarnya, ia juga membantu mendalamkan sungai, melancarkan aliran air serta mengurangkan risiko banjir khususnya ketika musim tengkujuh.

Bagi tujuan itu, beliau menambah, kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi membincangkan perkara tersebut secara menyeluruh.

“Saya berharap perkara ini dapat diberi pertimbangan secara positif demi mencari penyelesaian terbaik serta memberi manfaat kepada semua pihak khususnya kepada negeri Pahang,” jelasnya.

Tegas beliau, Kerajaan Pahang sentiasa komited memastikan setiap sumber hasil negeri diurus secara bertanggungjawab, lestari dan memberi pulangan terbaik kepada negeri serta rakyat.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan