Pemandu lori cedera, treler dipandu terbakar

LAHAD DATU – Seorang pemandu lori mengalami kecederaan apabila lori treler dipandunya terbakar dalam kejadian di Batu 9, Jalan Lahad Datu-Tawau, di sini, pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, mangsa Sukri Suardi, 23, cedera dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam.

“Sepasukan enam anggota bergegas ke lokasi dan mendapati sebuah lori treler di bahagian kepala terbakar 50 peratus semasa dalam perjalanan sebelum terbabas di bahu jalan.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran 200 kaki satu pancutan sumber air dari jentera bomba,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut Sumsoa, pemandu yang mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital menggunakan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan(EMRS) sebelum menamatkan operasi pukul 10.11 malam.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam