Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk
Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan jawatan khusus sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sekolah, susulan kes kemalangan yang masih berlaku di sekolah dari semasa ke semasa.

Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Shahronizam Noordin berpendapat, langkah itu bukan sahaja praktikal, malah selari dengan kehendak perundangan di bawah Seksyen 29A, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

Menurut beliau, peruntukan itu menekankan keperluan pelantikan individu yang berperanan menasihati majikan mengenai langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang wajar dilaksanakan bagi melindungi pekerja.

“Antara tanggungjawab utama penyelaras KKP termasuk mengurus serta menyelenggara rekod dan dokumen berkaitan keselamatan, seperti rekod kemalangan dan minit mesyuarat selain membantu majikan menjalankan pemeriksaan berkala di tempat kerja bagi mengenal pasti hazard, di samping mempromosikan budaya kerja selamat dan sihat melalui kempen kesedaran serta taklimat.

“Namun demikian, persoalan utama yang timbul ialah siapakah individu paling sesuai untuk memikul tanggungjawab ini di peringkat sekolah?Sekiranya pelantikan dibuat dalam kalangan guru, ia mungkin menimbulkan cabaran tersendiri. Guru pada masa kini telah pun dibebani dengan pelbagai tanggungjawab.

“Ini termasuk pengajaran dan pembelajaran (PdP), penilaian serta pentaksiran, pengurusan kelas, tugas kokurikulum, bimbingan kebajikan murid dan urusan pentadbiran. Beban tugas yang sedia ada dikhuatiri menjejaskan keberkesanan pelaksanaan fungsi KKP jika tanggungjawab tambahan diberikan tanpa sokongan mencukupi,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Sehubungan itu, Shahronizam mencadangkan agar satu pendekatan yang lebih praktikal ialah mempertimbangkan pelantikan dalam kalangan kakitangan sekolah yang tidak terlibat secara langsung dengan PdP.

Menurutnya, langkah sedemikian membolehkan individu tersebut memberi tumpuan sepenuhnya kepada penyelarasan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara lebih konsisten dan berkesan.

“Bagaimanapun, pihak kementerian pastinya mempunyai pertimbangan tersendiri berdasarkan realiti dan kekangan di lapangan.

“Apa yang lebih penting ialah memastikan pelaksanaan fungsi KKP di sekolah benar-benar memberi impak, sekali gus menjamin keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga pendidikan,” katanya.

Beliau menegaskan, pelantikan Penyelaras KKP di sekolah bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan.

“Dengan pendekatan yang tepat dan sokongan yang mencukupi, katanya, usaha itu mampu menjadi pemangkin kepada pembudayaan keselamatan yang lebih mantap di institusi pendidikan negara,” katanya.

Related Posts

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

KUALA LUMPUR – Kuota haji Malaysia bagi musim ini ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi. Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa

Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa