Syarat baharu import EV CBU mulai Julai

KUALA LUMPUR – Kerajaan menetapkan semula syarat import kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) selepas tempoh pengecualian khas di bawah Permit Import (AP) Francais berakhir pada 31 Disember tahun lalu.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, pengecualian khas yang diperkenalkan selama empat tahun itu tidak lagi diteruskan dan semua dasar berkaitan EV CBU kini kembali tertakluk kepada peraturan sedia ada.

Bagaimanapun, kementerian itu memberi kelonggaran kepada syarikat yang masih mempunyai baki stok kenderaan termasuk yang berada di pelabuhan serta dalam proses penghantaran untuk dijual sehingga habis.

“Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira bahawa syarikat masih mempunyai baki stok termasuk stok sedia ada, stok di pelabuhan serta stok dalam transit, MITI membenarkan stok berkenaan dijual mengikut ketetapan dalam tempoh pengecualian khas sehingga habis,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

MITI berkata, mulai 1 Julai ini, semua EV CBU perlu memenuhi dua syarat utama iaitu nilai minimum Cost, Insurance and Freight (CIF) sebanyak RM200,000 serta kuasa motor minimum 180 kilowatt (kW) dan ke atas.

Sebelum ini, syarat kuasa minimum ditetapkan pada 200kW namun ia diselaraskan kepada 180kW selepas sesi libat urus bersama syarikat pemegang AP Francais pada 30 April lalu.

Menurut kementerian itu, langkah berkenaan diambil bagi memastikan dasar industri automotif negara terus dilaksanakan secara telus, konsisten dan seimbang tanpa menjejaskan kepentingan ekonomi serta hak pengguna.

“MITI kekal komited untuk memastikan persekitaran dasar yang telus, konsisten dan seimbang dalam menyokong pembangunan industri automotif serta melindungi kepentingan ekonomi negara dan hak pengguna kenderaan,” katanya.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyaluran bantuan agrikomoditi dan PKS perlu diperkemas, elak ketirisan

KERAJAAN perlu memastikan setiap bantuan dan insentif yang disalurkan kepada sektor agrikomoditi serta perusahaan kecil sederhana (PKS) tidak mengalami ketirisan, sebaliknya mencapai objektif membantu golongan sasar. Penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa

Sidang DUN Johor bertukar panas, kenyataan Onn Hafiz cetus tanda tanya

Sidang DUN Johor bertukar panas, kenyataan Onn Hafiz cetus tanda tanya

Ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Sim-Sim esok

Ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Sim-Sim esok

Kerajaan Perpaduan tidak perlu ‘abang besar’ jika mahu kekal stabil

Kerajaan Perpaduan tidak perlu ‘abang besar’ jika mahu kekal stabil

Syarat baharu import EV CBU mulai Julai

Syarat baharu import EV CBU mulai Julai

MADANI ​menelusuri denyut nadi rakyat

MADANI ​menelusuri denyut nadi rakyat