UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman.

LoI itu adalah antara usaha memperkasa bidang pendidikan dan pengajian Islam.

Majlis menandatangani perjanjian menyaksikan Naib Canselor UNIQSAAS, Profesor Datuk Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin menurunkan tandatangan bersama wakil Universiti Al-Wasatiyyah, Sheikh Niyaz bin Ahmad Ali Abdullah Al Adeni.

Majlis itu disaksikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, lapor Pahang Media.

Hadir pada majlis berkenaan adalah Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Nazri Abu Bakar dan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Mohd Zawavi dalam kenyataan memaklumkan, kerjasama strategik itu bakal membuka lebih banyak peluang khususnya dalam pertukaran pelajar dan tenaga pengajar antara kedua-dua institusi.

“Melalui LoI ini, kita mengharapkan pelajar Universiti Wasatiyah termasuk pelajar Malaysia di Yaman dapat menyambung pengajian mereka di UNIQSAAS.

“Selain itu, kita juga berpotensi melaksanakan pertukaran tenaga pengajar dan berkongsi kepakaran, khususnya dalam bidang pengajian agama yang menjadi kekuatan Yaman,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif tersebut merupakan antara langkah penting dalam usaha memperkasakan UNIQSAAS sebagai universiti Al-Quran pertama di Malaysia.

“Usaha ini bukan sekadar simbolik, sebaliknya kita mahu ia direalisasikan demi memenuhi hasrat pemegang taruh termasuk Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, kerajaan negeri dan rakyat.

“Harapan kita agar kerjasama ini mampu memberi manfaat besar kepada kedua-dua institusi serta memperkukuh lagi pembangunan pendidikan Islam,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula