Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

ADA yang bertanya, kenapa harga RON95 tidak dinaikkan kepada harga yang lebih tinggi atau diapungkan sahaja bagi mengurangkan bebanan nilai subsidi oleh negara?

Secara realitinya, dasar kerajaan berkaitan harga bahan api bukan hanya sekadar soal harga minyak yang terpapar di skrin pam minyak. Tidak semudah itu.

Ianya adalah soal kelestarian dasar yang melibatkan keseimbangan antara fiskal kerajaan, inflasi, dan kesejahteraan rakyat secara inklusif yang merangkumi semua tanpa ada yang dicicirkan.

Pada awalnya, Kerajaan MADANI telah memperuntukkan sekitar lebih kurang RM15 bilion bagi subsidi bahan api dalam Belanjawan 2026. Ini adalah selepas beberapa langkah penyesuaian dasar dilaksanakan termasuk rasionalisasi harga bahan api.

Namun in real time, jumlah sebenar beban subsidi yang perlu di tanggung oleh kerajaan tersangat bergantung kepada harga semasa minyak dunia, kadar pertukaran mata wang, dan corak penggunaan rakyat. Ini adalah faktor-faktor penentu yang mutlak.

Dalam keadaan tertentu seperti hari ini di mana berlalu Krisis Tenaga Global yang dipicu oleh krisis di Asia Barat, tekanan subsidi meningkat dengan tersangat ketara hingga mencecah nilai puluhan bilion ringgit.

Sekaligus, menjadikan subsidi bahan api antara komponen perbelanjaan terbesar negara. Secara teori, jika harga RON95 dinaikkan, maka ianya akan mengurangkan beban subsidi kerajaan.

TETAPI, kesannya tidak sesederhana itu. Lebih-lebih lagi Kerajaan MADANI meletakkan kepentingan rakyat negara ini sebagai keutamaan tertinggi yang tidak akan dikompromi.

Jika harga RON95 dinaikkan atau harga diapungkan maka:

  1. Peningkatan Drastik Harga Barangan.

RON95 digunakan secara meluas dalam sektor pengangkutan dan logistik. Kenaikan harga bahan api akan memberi kesan berantai kepada harga makanan, barangan asas dan kos perkhidmatan yang kesannya terpaksa diserap oleh rakyat.

  1. Beban Kepada Isi Rumah

Majoriti rakyat masih bergantung kepada kenderaan sendiri untuk urusan harian termasuk perjalanan pergi dan balik kerja. Oleh itu, bahan api kekal sebagai keperluan asas, bukan sekadar kos tambahan.

  1. Risiko Tekanan Kos Sara Hidup

Sebarang kenaikan mendadak berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup dan memberi kesan langsung kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Ketiga-tiga senarai di atas hanyalah ringkasan apa yang akan berlaku jika kerajaan tidak menanggung subsidi bahan api.

Bersyukur, di tengah-tengah krisis tenaga global, kerajaan tetap memilih untuk melindungi kita seluruh rakyat Malaysia, walaupun terpaksa menanggung nilai subsidi yang amat besar melalui pendekatan-pendekatan seperti:

  1. Mengekalkan subsidi asas untuk rakyat.
  2. Melaksanakan penyasaran subsidi secara berperingkat.
  3. Mengurangkan ketirisan dan pembaziran.
  4. Melakukan penjimatan perbelanjaan pengurusan oleh kerajaan.

Kesemua pendekatan ini bertujuan memastikan bantuan sampai kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan, tanpa memberi kejutan besar kepada sektor ekonomi negara.

Perlu difahami, bahawa subsidi kerajaan bukan hanya melibatkan petrol dan diesel, ianya turut merangkumi bantuan kepada:

  1. Barangan kawalan.
  2. Sektor pertanian dan perikanan.
  3. Pengangkutan awam dan luar bandar.
  4. Bantuan kesihatan.
  5. Bantuan tunai kepada rakyat
  6. Bantuan pendidikan
  7. Bantuan asas

dan banyak lagi yang tak mampu saya senaraikan secara terperinci.

Secara keseluruhan, inilah yang membentuk rangka perlindungan sosial negara.

Kita beruntung, dalam keadaan semasa, kerajaan memilih pendekatan berperingkat dalam memastikan tekanan fiskal dapat diurus tanpa memberi kesan mendadak kepada kos hidup rakyat.

Dalam realiti ekonomi, keputusan yang paling mudah secara teori tidak semestinya yang paling selamat untuk realiti.

PMX memahami itu, beliau berada di tempat yang tepat pada waktu yang tepat.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

IPOH – Isu pemindahan tiga ekor gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari Zoo Taiping dan Night Safari ke Zoo Tennoji kini mencapai tahap perbincangan tertinggi apabila dibawa terus kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik