Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

BUTTERWORTH – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen 2 di sini terhadap pertuduhan memiliki minyak diesel tanpa lesen pada April lalu.

Heah Ban How membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim, Roslan Hamid selepas kertas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 44 tahun itu didakwa memiliki barang kawalan yang juga merupakan barang berjadual iaitu sebanyak 556.5 liter minyak diesel dalam tangki bahan api yang diubah suai pada lori jenama Hino dalam keadaan menimbulkan syak yang munasabah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah syarikat, SS Petroleum Sdn Bhd, Lot 1243 di Jalan Besar, Chong Nam Estate Valdor, Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan (SPS) pada jam 2 petang, 29 April lalu.

Oleh demikian, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan barang kawalan secara runcit atau borong tanpa lesen.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta yang sama.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki diesel tanpa lesen.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Related Posts

Miri intai peluang bergelar destinasi pelancongan pantai bertaraf dunia

MIRI – Keindahan pantai, panorama senja memukau dan warisan budaya tempatan menjadi tarikan utama pengamal media meneroka potensi pelancongan Miri menerusi sebuah program lawatan suai kenal, baru-baru ini. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Infrastruktur luar bandar pemangkin ekonomi, rapatkan jurang pembangunan Sarawak

KUCHING – Pembangunan infrastruktur secara agresif oleh kerajaan Sarawak terus menjadi pemangkin kemajuan kawasan luar bandar, sekali gus membuka capaian kemudahan, pasaran dan peluang ekonomi kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Miri intai peluang bergelar destinasi pelancongan pantai bertaraf dunia

Miri intai peluang bergelar destinasi pelancongan pantai bertaraf dunia

Infrastruktur luar bandar pemangkin ekonomi, rapatkan jurang pembangunan Sarawak

Infrastruktur luar bandar pemangkin ekonomi, rapatkan jurang pembangunan Sarawak

Sarawak rancang perluas habitat, pasaran ikan empurau di Empangan Baleh

Sarawak rancang perluas habitat, pasaran ikan empurau di Empangan Baleh

Kesejahteraan komuniti diutamakan, Petronas kongsi keceriaan Gawai bersama warga Miri

Kesejahteraan komuniti diutamakan, Petronas kongsi keceriaan Gawai bersama warga Miri

Kerajaan Pahang komited jaga kebajikan persatuan veteran

Kerajaan Pahang komited jaga kebajikan persatuan veteran

Petronas santuni 200 golongan memerlukan sempena Gawai

Petronas santuni 200 golongan memerlukan sempena Gawai