MAH Sabah-Labuan, STB disaran perkukuh strategi pemasaran pelancongan – Masidi

KOTA KINABALU – Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Sabah dan Labuan disarankan bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) bagi memperkukuh pemasaran pelancongan secara lebih strategik selaras dengan keadaan semasa.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata terdapat beberapa hotel di sekitar Kota Kinabalu terjejas secara langsung, dengan kadar penginapan yang menunjukkan penurunan sejak kebelakangan ini. 

“Situasi tersebut dipercayai berpunca daripada dua faktor utama, iaitu kesan ketidaktentuan global termasuk konflik di Asia Barat.

“Dan perubahan corak perjalanan pelancong yang kini beralih ke destinasi baharu seperti Vietnam,” katanya menerusi satu kenyataan media, selepas menerima kunjungan daripada Pengerusi MAH Sabah dan Labuan, Suresh Ramasamy di pejabatnya, pada Selasa.

Dalam masa sama, Masidi turut menegaskan supaya Sabah perlu lebih proaktif dalam membangunkan produk pelancongan baharu dan unik bagi kekal berdaya saing, terutama dalam menghadapi kemunculan destinasi alternatif di rantau ini.

“Dengan strategi yang tepat dan penawaran produk yang segar, Sabah masih mempunyai kelebihan tersendiri untuk menarik pelancong, sama ada dari dalam mahupun luar negara,” ujarnya.

Sementara itu, Suresh berkata, industri perhotelan di Sabah kini berdepan cabaran susulan penurunan ketibaan pelancong asing ke ibu negeri.

“Terdapat keperluan memperkukuh promosi pelancongan domestik, khususnya menyasarkan pasaran berpotensi tinggi di kawasan seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

“Sabah mempunyai potensi besar untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan berpendapatan tinggi, yang majoritinya tertumpu di kawasan-kawasan tersebut, bagi merancakkan semula industri pelancongan negeri,” katanya.

Related Posts

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

KUALA KRAI – Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Manek Urai, di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku di Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

ISKANDAR PUTERI – Parti Democratic Action Party (DAP) menggesa kerajaan negeri Johor mempertimbangkan pelaksanaan persempadanan semula melibatkan tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikenal pasti mempunyai jumlah pengundi terlalu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

UNIMAS diiktiraf Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik

UNIMAS diiktiraf Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik

Lelaki hina Yang di-Pertuan Agong didenda RM5,000, penjara tiga bulan

Lelaki hina Yang di-Pertuan Agong didenda RM5,000, penjara tiga bulan