Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

PEP Guardiola mengakui perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kini bukan lagi dalam kawalan Manchester City selepas seri 3-3 dengan Everton, awal pagi tadi.

“Sekarang ia bukan lagi di tangan kami. Sebelum ini ya, tetapi sekarang tidak,” kata Guardiola.

“Masih ada empat perlawanan liga lagi. Semuanya mungkin hampir sama dan kita lihat apa yang akan berlaku.”

City berpeluang menyamakan mata dengan pendahulu Arsenal sekiranya menewaskan Everton serta Brentford lima hari kemudian.

Namun keputusan di Stadium Hill Dickinson menyaksikan mereka kini ketinggalan lima mata di belakang Arsenal walaupun beraksi kurang satu perlawanan.

Guardiola mengakui pasukannya bernasib baik sekadar mengelak kekalahan berbanding meraih tiga mata penuh.

“Ia lebih baik daripada kalah. Sudah tentu kami mahu menang. Kami bermain untuk itu dan pemain menunjukkan semangat sebenar pasukan ini. Mereka berjuang habis-habisan,” katanya.

Pemain sayap Jeremy Doku muncul penyelamat menerusi gol penyamaan dramatik pada minit ke-97 untuk melengkapkan dua jaringan peribadi pada perlawanan itu.

Walaupun kecewa, Doku menegaskan City masih belum mengibarkan bendera putih dalam perebutan gelaran.

“Ia menyakitkan sekarang tetapi masih banyak perlawanan dan apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

“Kami akan terus berjuang. Kami berhutang kepada diri sendiri dan penyokong.”

Penyerang City, Erling Haaland yang menjaringkan gol pada minit ke-83 turut kedengaran berkata “kami masih belum tersingkir” ketika bersalaman dengan rakan sepasukan selepas wisel penamat.

Selepas aksi menentang Brentford Sabtu ini, City akan menghadapi Crystal Palace, Bournemouth dan Aston Villa bagi baki tiga perlawanan liga.

Arsenal pula dilihat memiliki jadual lebih mudah di atas kertas apabila akan menentang West Ham United yang bergelut mengelak penyingkiran, Burnley yang sudah tersingkir serta Palace.

Walaupun peluang mempertahankan kejuaraan menerima tamparan hebat, City masih berpeluang memburu treble domestik selepas menjuarai Piala Liga dengan menewaskan Arsenal pada Mac lalu dan akan berdepan Chelsea pada final Piala FA, 16 Mei ini.

Related Posts

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini. Atlet…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat