Enam lokasi sungai di Kedah catat paras bahaya

ALOR SETAR – Enam lokasi sungai di Kedah mencatatkan bacaan air melebihi paras bahaya setakat jam 4 petang Selasa berikutan hujan lebat di beberapa buah daerah sejak Isnin.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Kubang Pasu, Sungai Gurun di Kampung Perupok di Yan dan Kampung Sedim di Kulim melebihi tahap bahaya.

Selain itu, tiga lokasi sungai di daerah Kota Setar turut menunjukkan peningkatan aras air iaitu di Taman Aman, Sungai Anak Bukit, Jambatan TAR, Sungai Anak Bukit dan Jambatan Lebuhraya di Sungai Kedah.

Kesemua sungai terbabit menunjukkan trend meningkat.

Sebelum ini, media melaporkan tiga buah sungai di negeri ini direkodkan melepasi paras bahaya dengan trend menaik setakat jam 10 malam Isnin.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir JPS, Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu mencatatkan 22.15 meter melepasi paras bahaya 21.6 meter.

Selain itu, Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap merekodkan 28.68 meter melepasi paras bahaya 28.5 meter manakala Sungai Gurun di Kampung Perupok, Yan mencatatkan 3.95 meter melebihi paras bahaya 3.5 meter.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah juga melaporkan bahawa beberapa daerah di negeri tersebut turut dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan selain fenomena air pasang menyebabkan berlaku limpahan.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari