54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk terlibat.

Bantuan tersebut disalurkan susulan kejadian kebakaran yang telah memusnahkan 11 permis perniagaan, melibatkan seramai 54 mangsa daripada 11 keluarga, baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, 37 merupakan orang dewasa manakala 17 lagi adalah kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun.

Sejurus insiden berlaku, satu inisiatif kutipan sumbangan telah digerakkan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Ranau, yang berjaya mengumpul pelbagai barangan keperluan dalam tempoh singkat.

Antara bantuan yang disampaikan termasuk pakaian, perabot asas serta bekalan makanan dan minuman bagi membantu meringankan beban mangsa.

Selain itu, masyarakat di daerah ini turut tampil menyalurkan bantuan kepada mangsa terlibat, termasuk sumbangan kewangan serta barangan keperluan asas, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan tinggi dalam kalangan penduduk setempat.

Penyampaian bantuan kepada mangsa telah diwakili oleh Pegawai Khas, Shahrin Mujin bersama Pegawai Khas Kebajikan ADUN N.37 Karanaan, Sujani Gipul, bagi pihak Masidi.

Turut bersama Pemuda dan Beliawanis PGRS dalam sumbangan tersebut.

Masidi yang juga DUN Karanaan, menzahirkan rasa simpati kepada mangsa dan berharap bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban serta membantu mereka bangkit semula selepas ditimpa musibah.

Beliau turut memaklumkan bahawa bantuan akan disalurkan secara berterusan dari semasa ke semasa.

Selain itu, pelbagai pihak termasuk pemimpin tempatan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan turut tampil menghulurkan bantuan, mencerminkan semangat kebersamaan dan solidariti tinggi dalam kalangan masyarakat Ranau.

Beliau turut menghargai usaha proaktif Pemuda dan Beliawanis PGRS Ranau serta masyarakat di sini yang pantas bertindak menggerakkan bantuan kepada mangsa, sekali gus memperkukuh amalan gotong-royong dalam kalangan masyarakat setempat.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

MUKAH – Perahu JOLAMAS milik Cobra Danau Team membuktikan keunggulan di litar air apabila dinobatkan sebagai juara kategori Raja Salui Lukut sempena Pesta Kaul Mukah 2026. Kemenangan tersebut menyaksikan JOLAMAS…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda