Mustapha sumbang lembu korban, tekankan perpaduan komuniti PPR Kionsom

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud mengumumkan sumbangan seekor lembu korban kepada Surau PPR Kionsom sebagai tanda kebersamaan dengan komuniti tersebut.

“Insya-Allah, seekor lembu akan disumbangkan ke Surau PPR Kionsom sebagai tanda kebersamaan kepada komuniti setempat,” kongsinya.

Terdahulu, Mustapha memaklumkan lawatan terakhirnya ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kionsom ketika kawasan itu berdepan masalah ketiadaan bekalan air.

“Keadaan semasa menunjukkan perkembangan positif, namun usaha penambahbaikan akan terus dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan penduduk terjamin.

“Saya juga dimaklumkan keadaan air di sini semakin baik. Kita juga ada beberapa solusi untuk mempertingkatkan bekalan air di PPR ini,” katanya semasa berucap dalam Program Kaamatan Sekampung PPR Kionsom, Inanam di sini, pada Ahad.

Tambahnya, beliau memuji inisiatif penduduk yang terus menghidupkan aktiviti kemasyarakatan melalui penganjuran program komuniti termasuk sambutan perayaan secara bersama.

Menurutnya, program sedemikian mampu menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk daripada pelbagai latar belakang.

“Walaupun datang dari kampung, daerah, suku kaum dan agama berbeza, program seperti ini mampu mengeratkan silaturahim serta membina keharmonian. Tradisi kebersamaan itu wajar diteruskan oleh semua penghuni PPR supaya lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan bagi memperkukuh perpaduan komuniti.

“Semangat ‘sepakat membawa berkat’ perlu terus diamalkan agar komuniti PPR Kionsom kekal aman, harmoni dan bersatu,” ujarnya.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan