Dua warga emas cedera kenderaan dihempap pokok tumbang

KOTA KINABALU – Dua warga emas cedera apabila kenderaan yang dinaiki dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jabatan Cetak, Jalan Tuaran Bypass, di sini, petang Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Ag Arshad @ Ag Arsad Pg Padang dan Ramli Abd Rahman masing-masing berumur 62 tahun itu cedera ringan.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pukul 1.08 petang dan mendapati pokok tumbang menghempap sebuah kenderaan jenis Ford Ranger.

“Pasukan Bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan peralatan khas (gergaji berantai),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam kes berasingan di Jalan Yusang Kepayan, tiga kenderaan iaitu Perodua Viva, Myvi dan Proton Saga FLX turut dilaporkan dihempap pokok tumbang.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu.

“Operasi memotong serta mengalihkan pokok dijalankan dan operasi kemudian ditamatkan pukul 5.07 petang setelah memastikan keadaan selamat,” katanya.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff