Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026

LIMBANG – Pemain veteran, Zaini Garip yang lebih dikenali sebagai Bruni, sekali lagi mencipta kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa apabila berjaya merangkul pingat emas untuk Malaysia dalam Kejohanan Badminton YONEX All England Senior (Masters) ke-108 pada 2026.

Atlet berusia 74 tahun kelahiran Limbang itu mengungguli saingan dengan menjuarai kategori terbuka perseorangan lelaki bagi peringkat umur 70 hingga 74 tahun dalam kejohanan yang berlangsung di Hatfield, England dari 10 hingga 12 April lalu.

Menurut Zaini, beliau amat bersyukur dengan kejayaan tersebut, lebih-lebih lagi selepas berdepan kekecewaan apabila tersingkir awal dalam kategori beregu lelaki bagi peringkat umur yang sama.

“Saya sangat bersyukur dapat muncul juara dalam kategori ini. Kemenangan ini sedikit sebanyak menebus kekecewaan saya selepas gagal dalam acara beregu,” katanya ketika ditemui pihak media.

Untuk rekod, Zaini pernah mencatatkan kejayaan cemerlang dalam penyertaan sulungnya pada tahun 2023 apabila meraih pingat emas bagi acara perseorangan lelaki serta pingat perak untuk acara beregu lelaki dalam kategori umur tersebut.

Kejohanan berprestij dalam kalangan pemain senior itu telah menghimpunkan seramai 544 peserta dari seluruh dunia termasuk dari negara Eropah, India, Kanada dan Malaysia. Khusus bagi kategori perseorangan lelaki terbuka, seramai 24 pemain dari lapan buah negara telah mengambil bahagian.

Bagi acara beregu lelaki pada edisi kali ini, Zaini bergandingan dengan seorang pemain dari Kuala Lumpur yang turut menaja perjalanan mereka ke England, namun nasib tidak menyebelahi pasangan terbabit apabila gagal mara jauh selepas tersingkir pada pusingan awal.

Related Posts

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

KUALA KANGSAR – Jenazah mangsa kes bunuh kejam dengan 61 kesan tikaman, Nurfisya Zulkifly, 19, selamat dikebumikan sekitar jam 5 pagi, Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor, dekat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

JOHOR BAHRU – Isu kesesakan lalu lintas yang berlaku di Taman Pulai Jaya susulan kerja penyelenggaraan jalan baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk, termasuk dakwaan yang mengaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026