Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang memperluas perlindungan keselamatan sosial kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, dengan keutamaan diberikan kepada pekerja rentas sempadan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan awal inisiatif itu akan menumpukan kepada rakyat tempatan yang berulang-alik bekerja di Singapura setiap hari.

“Secara purata, satu nyawa rakyat kita hilang setiap minggu atau sekitar 54 kematian setahun direkodkan dalam kalangan pekerja rentas sempadan ini. Kita tidak boleh biarkan perkara ini tanpa pembelaan.

“Justeru, kerajaan akan meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 bagi membolehkan perlindungan diperluaskan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, bermula dengan pekerja rentas sempadan Malaysia-Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 di Bukit Jalil, di sini, pada Jumaat.

Anwar berkata, cadangan berkenaan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 480,000 rakyat Malaysia yang kini bekerja tanpa perlindungan keselamatan sosial yang menyeluruh.

“Ramai dalam kalangan mereka bekerja tanpa perlindungan. Dengan pindaan ini, kita mahu memastikan tiada lagi rakyat kita yang terkecuali daripada mendapat hak perlindungan kebajikan walaupun mereka mencari rezeki di luar negara,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kadar pengangguran negara kini berada pada tahap terendah dalam tempoh 10 tahun, iaitu sekitar 3.2 peratus.

Menurutnya, pencapaian itu perlu diperkukuh dengan usaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui pelaksanaan program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) secara lebih giat.

“Kita juga melihat kejayaan luar biasa dalam pelaksanaan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Malaysia kini muncul antara negara membangun yang paling berjaya mentransformasikan sistem pendidikan dengan memberikan penekanan khusus kepada TVET,” katanya.

Related Posts

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.99 seliter walaupun berdepan tekanan pelbagai pihak yang menggesa pelarasan dibuat demi kedudukan fiskal negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia