Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

MUKAH – Tahap pengetahuan kesihatan dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan bagi memastikan mereka benar-benar memahami risiko penyakit, termasuk cara pencegahan yang betul.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, kekeliruan terhadap istilah perubatan yang teknikal kadangkala menyebabkan rakyat tidak memandang serius sesuatu gejala penyakit.

Beliau memberi contoh penyakit Batuk Kering atau Tuberculosis (TB) yang sering dianggap sebagai batuk biasa oleh segelintir pihak.

“Kadangkala istilah seperti Tuberculosis itu orang awam kurang faham. Tapi bila sebut TB, baru mereka tahu ia berkaitan batuk berpanjangan dan imunisasi rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Sambutan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Bahagian Mukah di Tapak Kaul pada Khamis.

Selain penyakit berjangkit, Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah turut menyentuh mengenai sikap pesakit penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti darah tinggi dan kencing manis.

“Ada pesakit berhenti makan ubat sendiri selepas merasa badan sudah sihat,” tambahnya lagi.

Jelasnya, tindakan ini bahaya kerana rawatan perlu diteruskan mengikut nasihat doktor.

Dalam perkembangan lain, Hanifah mengulas mengenai laporan pengurangan perbelanjaan operasi kementerian sebanyak RM5.4 bilion oleh Kementerian Kewangan.

Tegasnya, kementerian akan memastikan pengurangan kos itu hanya melibatkan perkara yang tidak memberi kesan langsung kepada perkhidmatan rakyat.

Kementerian Kesihatan dijadualkan akan meneruskan siri jelajah program kesihatan ini ke Sabah bagi memastikan mesej penjagaan kesihatan sampai ke seluruh pelosok negara.

Related Posts

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

SEREMBAN – Pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan dibatalkan berkuat kuasa serta-merta pada 20 September 2026. Keputusan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim digesa menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku sehingga pendiriannya berhubung Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

Abang Perdana Menteri meninggal dunia