Jambatan baharu Nanga Apan pulihkan akses warga SK Ulu Kabo

SARATOK – Keluhan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Kabo dan penduduk setempat kini berakhir apabila Jambatan Nanga Apan yang baharu telah siap sepenuhnya dan sedia untuk digunakan.

Pembukaan jambatan tersebut memberi kelegaan besar kepada komuniti pedalaman di sini berikutan akses utama itu pernah terputus akibat bencana banjir besar yang melanda pada 19 Januari 2025.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, pembinaan semula infrastruktur itu menjadi bukti komitmen kerajaan dalam memastikan tiada golongan terpinggir daripada arus pembangunan, khususnya dalam aspek pendidikan.

“Kita tidak mahu faktor geografi atau bencana alam menjadi penghalang kepada anak-anak di luar bandar untuk menuntut ilmu.

“Dengan adanya jambatan yang lebih stabil dan selamat ini, ibu bapa tidak perlu lagi bimbang akan keselamatan anak-anak mereka ketika musim hujan atau air sungai deras,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian jambatan berkenaan pada Rabu.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Omar Mahli; Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Saratok, Awet Gapor dan Pegawai Daerah Saratok, Mohamad Dino Amit.

Untuk rekod, projek pembinaan semula jambatan itu siap sepenuhnya pada 10 Februari lalu dan mula digunakan secara rasmi oleh pihak sekolah serta penduduk kampung bermula 2 Mac.

Mengulas lanjut, Friday menegaskan pembangunan fizikal tersebut berjalan seiring dengan matlamat kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan pendidikan percuma dan bantuan sokongan bagi merapatkan jurang bandar dan luar bandar.

“Kerajaan Sarawak sentiasa komited menyediakan infrastruktur dan inisiatif pendidikan bagi memastikan semua generasi muda mendapat pendidikan berkualiti dalam persekitaran yang selamat,” jelasnya.

Tambahnya, kemudahan baharu itu bukan sahaja memudahkan urusan harian warga sekolah, malah menjadi nadi utama penduduk kampung untuk membawa keluar hasil pertanian dan menjalankan aktiviti ekonomi dengan lebih lancar.

Dalam pada itu, pihak sekolah dan komuniti setempat turut menzahirkan penghargaan atas tindakan pantas kerajaan menyelesaikan isu infrastruktur yang sering menjadi kegusaran utama setiap kali tiba musim tengkujuh.

Related Posts

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

KOTA KINABALU – Kerjasama teknologi mesti menghasilkan peningkatan yang boleh diukur dari segi produktiviti, kemahiran tempatan dan peluang pekerjaan supaya dapat menyumbang secara bermakna kepada ekonomi Sabah. Timbalan Ketua Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

PORT DICKSON – Kegemilangan Pesta Sukan Air serta Pesta PD yang pernah menjadi acara ikonik Port Dickson sekitar era 1990-an perlu dihidupkan semula agar aura destinasi peranginan itu kembali menjadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara

Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara

‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

‘Tiada siapa usir sesiapa’ – Anak Aminuddin tampil jawab isu Tok Mat

‘Tiada siapa usir sesiapa’ – Anak Aminuddin tampil jawab isu Tok Mat