Tiada laporan ajaran sesat berkait GISBH di Melaka – Ab Rauf

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka belum menerima laporan mahupun aduan berhubung ajaran sesat di negeri ini termasuk yang dikaitkan dengan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam kenyataannya menegaskan bagaimanapun Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan terus melakukan pemantauan dan memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya terdapat unsur-unsur ajaran yang melanggar akidah atau syariah di Melaka.

“Termasuk sekiranya ada perkara-perkara yang perlu dilihat, dikaji dan diberikan cadangan supaya kita boleh ambil tindakan atau sebaliknya.

“Setakat hari ini, kita tak terima lagi laporan berkaitan itu berbanding negeri-negeri lain,” katanya.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara menjelaskan JAIM dan Mufti kerajaan negeri, Datuk Halim Tawil melalui Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak negeri akan mengeluarkan fatwa sekiranya terdapat ajaran sesat berkaitan GISBH di negeri ini.

Media pada minggu lalu melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelamatkan seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

  • Related Posts

    Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

    ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

    KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

    PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

    Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

    Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

    Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

    Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

    Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

    Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

    Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

    Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

    ‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

    • By Ynom
    • May 5, 2026
    ‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik