Wanita PKR kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan

KUALA LUMPUR – Wanita PKR Pusat melahirkan rasa kesal terhadap tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan susulan langkah 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Dalam kenyataan hari ini, Wanita PKR Pusat menyifatkan tindakan berkenaan sebagai bercanggah dengan mandat rakyat serta dilihat menjejaskan usaha memperkukuh kestabilan politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Ketika negara sedang berdepan cabaran ekonomi dan tekanan kos sara hidup, tindakan ini jelas membuktikan keutamaan sempit pihak terbabit yang sanggup mengorbankan kestabilan demi percaturan kuasa politik.

“Wanita PKR turut menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi untuk mempertahankan peranan serta fungsi institusi Raja-Raja Melayu sebagai pelindung kepada kedaulatan Perlembagaan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, 14 ADUN UMNO dan BN Negeri Sembilan dilaporkan sebulat suara menyatakan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Bagaimanapun, Aminuddin memaklumkan beliau telah menerima titah daripada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir agar terus menjalankan tanggungjawab sebagai ketua kerajaan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Harapan (PH) turut menyuarakan rasa kesal terhadap tindakan tersebut dengan Pengarah Komunikasinya, Datuk Fahmi Fadzil, menyifatkannya sebagai tidak selari dengan semangat Kerajaan Perpaduan.

PH turut menegaskan penolakan terhadap sebarang usaha yang disifatkan sebagai cubaan ‘menebuk atap’ untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, khususnya apabila alasan yang dikemukakan tidak berkait dengan prestasi Menteri Besar.

Wanita PKR Pusat dalam masa sama menegaskan pendirian untuk terus bersama PH dalam menolak sebarang tindakan politik yang boleh menggugat kestabilan serta kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Aminuddin tawar pelabuhan, perindustrian  baharu di Linggi

PORT DICKSON – Pembangunan sebuah pelabuhan dan kawasan perindustrian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi bagi memangkin pertumbuhan ekonomi selain membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan menjadi tekad utama Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rumah roboh dipukul angin kencang, lapan mangsa selamat

SANDAKAN – Lapan sekeluarga terselamat apabila bahagian belakang rumah mereka roboh dipercayai akibat tiupan angin kencang di Kampung (Kg) Sim-Sim, Jambatan 18, di sini pada Rabu. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak