Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh agenda pendidikan agama menerusi pembangunan Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor yang akan dilaksanakan secara lebih tersusun dan menyeluruh.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, usaha tersebut merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan Sekolah Rintis Bangsa Johor yang sebelum ini melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah.

Menurut beliau, fokus kini diberikan untuk memperluas inisiatif tersebut dengan penekanan khusus kepada pembangunan pendidikan agama yang lebih sistematik dan berimpak tinggi.

“Sebagai kesinambungan kepada usaha terdahulu, kita kini memberi tumpuan untuk memperkukuh serta memperluas inisiatif ini melalui pembangunan Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor secara lebih tersusun,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Pembentangan Pembangunan Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor.

Tambah beliau, aspek kos akan diteliti secara menyeluruh bagi memastikan pelaksanaan yang mampan serta memberi manfaat maksimum kepada pelajar dan institusi pendidikan di negeri ini.

Dalam pada itu, Mohd Fared turut menegaskan kepentingan pendekatan pembelajaran moden dengan mengintegrasikan elemen digital dalam sistem pendidikan agama.

“Penekanan juga akan diberikan kepada penggunaan teknologi dalam pembelajaran agar ia lebih interaktif, relevan dan selari dengan perkembangan semasa,” ujarnya.

Beliau berharap segala perancangan yang dirangka dapat dipermudahkan serta memberi impak besar dalam melahirkan generasi Johor yang seimbang dari segi ilmu, akhlak dan jati diri.

“Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha ini demi masa depan pendidikan agama di negeri Johor,” katanya.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram