Krisis global & kepimpinan Malaysia

KETIKA dunia dibayangi ketegangan geopolitik, inflasi, gangguan rantaian bekalan dan kebimbangan kemelesetan, banyak ramalan yang beredar bersifat suram malah ditokok tambah dengan agenda tertentu.

Antaranya:

•Harga bekalan makanan akan menjadi terlalu mahal.
•Bekalan-bekalan asas akan terputus.
•Rakyat akan beratur di stesen-stesen minyak.
•Syarikat-syarikat perniagaan akan tumbang.
•Sektor penerbangan akan terganggu.
•Ekonomi negara akan meleset.

Alhamdulillah, sebahagian besar ramalan itu tidak berlaku, sebaliknya berjaya diminimumkan impaknya ke atas seluruh rakyat Malaysia.

  • Diakui ada harga makanan meningkat, tetapi ianya tidak berkembang menjadi krisis yang memutuskan keterjaminan bahan makanan.
  • Bahan-bahan bekalan asas tidak runtuh, malah mencukupi termasuk bekalan simpanan.
  • Tidak berlaku ‘panic buying’ bahan api sehingga melumpuhkan stesen-stesen minyak seperti di beberapa tempat di negara-negara jiran.
  • Tidak terjadi keruntuhan korporat berantai, yang memperlihatkan syarikat-syarikat multinasional mahupun SME “gulung tikar”.
  • Sistem pengangkutan dan penerbangan domestik dan ke luar negara kekal berfungsi.

Ini menarik, hingga wujudnya persoalan.

“Bagaimana Malaysia mampu berdiri teguh menghadapi krisis global ini?”

Adakah ini sekadar nasib atau hanya kebetulan?

Sebenarnya, ada kebijaksanaan dasar yang sedang bekerja di belakang tabir. Tidak pernah wujud istilah kebetulan dalam kitaran ekonomi dengan segala pemboleh ubah yang pragmatik bergerak secara serentak.

Ianya adalah hasil kepimpinan PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI pimpinannya.

Namun, ianya juga didukung oleh sebuah ekosistem pentadbiran yang berfungsi secara efektif dan efisien termasuklah kecekapan semua lapisan kakitangan awam tanpa mengira gred sebagai pelaksana dasar dan polisi negara ini.

Juga harus diakui, peranan pakar-pakar ekonomi dan keselamatan negara yang menjadi penasihat dasar turut memberi impak besar.

Banyak keputusan penting bukan lahir daripada improvisasi politik, tetapi melalui bacaan risiko, unjuran makroekonomi, dan nasihat teknokratik yang membantu negara mengelak risiko krisis di luar jangka.

Di bawah pendekatan MADANI, kaedah pengurusan secara inklusif diimplementasi.

Sebarang krisis tidak diurus secara gopoh melalui populisme jangka pendek, tetapi melalui penampan sistemik yakni kawalan harga terpilih, pengurusan subsidi, kesinambungan rantaian bekalan, keyakinan pelaburan dan disiplin fiskal yang menyeimbangkan perlindungan rakyat dengan daya tahan negara.

Ertinya, daya tahan Malaysia bukan hasil individu semata-mata, tetapi gabungan kepimpinan politik, kekuatan institusi, kecekapan birokrasi dan kebijaksanaan teknokrat.

Namun tidak menghairankan jika kepimpinan PMX diberi pujian besar, kerana beliau sendiri pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik di Asia.

Kemahiran dan seni tadbir urus itu masih terlihat pada dirinya sebagai PMX hari ini.

Diakui kerajaan ini tidak sempurna, sememangnya tidak ada kesempurnaan melainkan milik Allah semata-mata.

Maka, berhentilah menjadi lalat politik yang hanya mencari najis semata-mata.

Segala penarafan global yang semakin positif terhadap prestasi Malaysia hari ini sepatutnya membanggakan kita sebagai warganegara bumi bertuah.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan dijangka tidak akan mengadakan pilihan raya negeri di tengah-tengah kemelut pemerintahan yang berlaku ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

PUTRAJAYA – Tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mencetuskan krisis persepsi negatif politik dalam Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu