14 ADUN tarik sokongan: Beri ruang, PH akan umum kemudian

KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak diminta memberi ruang kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bagi memberi penjelasan berhubung kemelut politik yang berlaku di negeri tersebut.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim
menjelaskan sebarang perkembangan membabitkan kemelut politik yang berlaku di Negeri Sembilan akan diumumkan kemudian.

“Menteri Besar dan PH akan umum kemudian,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran AI Lab dan Pusat Inovasi di The Exchange 106 TRX, pada Isnin.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang sebulat suara menarik sokongan serta menyatakan hilang kepercayaan terhadap beliau.

Terdahulu, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN BN Negeri Sembilan sebulat suara menarik sokongan serta menyatakan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin, sekali gus mencetuskan krisis politik di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga ADUN BN, Datuk Seri Jalaluddin Alias dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis membabitkan institusi adat dan Perlembagaan Negeri Sembilan yang sewajarnya dihormati dan dipertahankan tanpa campur tangan politik.

Sebelum ini, krisis adat di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan Undang Luak mengisytiharkan penurunan Tuanku Muhriz di Balai Undang Luak Sungai Ujong.

Susulan itu, Aminuddin dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menasihatkan Luak Sungai Ujong agar menerima pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Dato’ Klana Petra luak berkenaan.

Berikutan krisis itu, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang sepatutnya berlangsung selama empat hari bermula Jumaat lalu terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan, walaupun istiadat pembukaan sidang berkenaan telah disempurnakan Tuanku Muhriz pada Khamis lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, Pakatan Harapan (PH) memenangi 17 kerusi membabitkan DAP (11) PKR (5) dan Amanah (1), manakala UMNO/ BN menyumbang 14 kerusi dan Pas (3) serta Bersatu (2).

Related Posts

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan dijangka tidak akan mengadakan pilihan raya negeri di tengah-tengah kemelut pemerintahan yang berlaku ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

PUTRAJAYA – Tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mencetuskan krisis persepsi negatif politik dalam Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu