Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memberi penekanan kepada tiga pendekatan utama dalam menghadapi gelombang kedua krisis bekalan tenaga global, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, pendekatan tersebut melibatkan jaminan bekalan keperluan asas rakyat agar kekal mencukupi, pemanjangan tempoh bekalan melalui pengurusan serta pengagihan sumber secara berhemat, dan pengawalan kenaikan harga menerusi pemantauan rapi serta tindakan penguatkuasaan.

“Kerajaan telah bertindak lebih awal dan akan terus memperkukuh usaha bagi memastikan rakyat kekal dilindungi dalam menghadapi gelombang kedua ini.

“Strategi ini dilaksanakan bagi memastikan rakyat terus dilindungi sementara negara menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan global.

“Dalam menghadapi tekanan ini, kerajaan tidak akan membiarkan rakyat menanggungnya bersendirian,” katanya pada Taklimat Krisis Bekalan Global hari ini.

Fadillah berkata, gelombang kedua krisis dijangka berlaku secara berperingkat dan boleh menyebabkan pelarasan harga bagi barangan tertentu serta gangguan bekalan sementara pada masa akan datang.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan komited untuk meminimumkan kesan terhadap rakyat serta mengurus keadaan itu secara berhemah dan terkawal.

“Kini, dunia sedang memasuki gelombang kedua, iaitu gangguan kepada bekalan barangan berasaskan minyak dan gas yang menyokong pelbagai sektor serta keperluan harian merangkumi pembungkusan makanan, barangan pengguna, sektor kesihatan serta logistik.

“Apabila bekalan global terganggu, pengeluaran akan menjadi terhad dan kos akan meningkat. Kesan ini dijangka dirasai secara berperingkat dalam tempoh akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah menyeru semua pihak untuk menyokong usaha kerajaan dan menasihatkan rakyat supaya menggunakan sumber secara berhemat, mengelakkan pembaziran serta mengutamakan keperluan asas.

Related Posts

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

PUTRAJAYA – Kerajaan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM300,000 bagi membina semula titian di Kampung Selamat Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah, susulan insiden runtuhan yang membahayakan keselamatan penduduk. Unit Komunikasi Korporat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

JOHOR BAHRU – Kerajaan sedang memperhalusi langkah lebih menyeluruh bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan krisis bekalan global, termasuk mempertimbangkan kawalan terhadap pergerakan Jemaah Menteri serta kementerian, kata Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO