Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

GERIK – Seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam satu kes gangguan seksual di sebuah pasar raya di daerah ini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.57 petang.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku lebih awal sekitar jam 3.33 petang apabila mangsa, seorang wanita Melayu berusia 25 tahun yang bekerja di pasar raya berkenaan, terdengar bunyi mencurigakan seperti zip dibuka.

“Mangsa kemudian membuat pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki sedang melakukan perbuatan tidak senonoh sambil memandang ke arahnya,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Samad berkata, mangsa bertindak berani dengan merakam kejadian menggunakan telefon bimbit selain menegur suspek, sebelum lelaki itu bertindak meninggalkan lokasi.

Bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya mengesan dan menahan suspek bagi membantu siasatan dan dijangka direman hari ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Orang ramai dinasihatkan supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berdepan atau menyaksikan sebarang perlakuan tidak bermoral di tempat awam.

Related Posts

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

KUANTAN – Keputusan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menarik balik sijil halal dimiliki dua syarikat berpengalaman luas dan terbabit secara langsung dalam industri penyediaan makanan di negeri ini dilihat sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

BINTANGOR – Penyelewengan 5,030 liter diesel terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sarikei menyerbu sebuah premis di Sungai Medor, di sini pada Khamis. Tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000