Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

KUALA LUMPUR – Jumlah pendaftaran kad Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme meningkat kepada hampir 89,000 orang pada tahun ini, berbanding sekitar 23,000 orang pada 2021, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, peningkatan hampir empat kali ganda itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat kini semakin tinggi dengan ibu bapa lebih peka, pengesanan awal lebih berkesan dan masyarakat semakin terbuka untuk mendapatkan diagnosis.

“Perkara paling penting untuk masyarakat faham adalah autisme bukanlah satu penyakit. Ia merupakan satu spektrum perkembangan neurologi.

“Apabila kita faham perkara ini, barulah kita dapat membuang stigma. Hakikatnya, golongan ini mempunyai bakat neurodiversiti yang unik dan mampu cemerlang dalam pelbagai bidang seperti sains, seni, dan teknologi,” katanya, lapor Bernama.

Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Kertas Putih Kesihatan membawa pendekatan sepanjang hayat dengan memastikan ada kesinambungan dalam bentuk intervensi awal, rawatan susulan yang baik, hingga sokongan untuk golongan berkenaan membina kerjaya.

Beliau menjelaskan, KKM serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga akan terus memperkasa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti bagi memastikan tiada sesiapa yang tercicir.

“Pada masa sama, kita menyeru perluasan akses pendidikan tinggi serta menggalakkan para majikan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang adil dan inklusif buat mereka,” katanya.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit