Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

KANGAR – Isu berkaitan pengurusan zakat di negeri ini tidak melibatkan Jabatan Mufti Perlis kerana pentadbiran zakat berada di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sebarang kelulusan berkaitan agihan zakat juga tertakluk sepenuhnya kepada MAIPs tanpa melibatkan pihaknya.

“Pentadbiran zakat bukan di bawah Jabatan Mufti dan kuasa meluluskan zakat adalah di bawah MAIPs serta tidak ada kaitan dengan Mufti,” katanya dipetik menerusi platform sosial media Facebook di sini hari ini.

Menurut beliau, badan bukan kerajaan (NGO) yang dikaitkan dalam isu tersebut merupakan golongan asnaf yang layak menerima zakat berdasarkan aktiviti dakwah dan pendidikan yang dijalankan.

“NGO berkenaan bukan ejen atau wakil MAIPs untuk mengedarkan atau mengutip zakat, sebaliknya mereka adalah penerima zakat di bawah asnaf fi sabilillah,” ujarnya.

Tambahnya, berdasarkan maklumat MAIPs, NGO terbabit menerima zakat atas cadangan pembayar sebelum melalui proses semakan kelayakan oleh pihak berkenaan.

“MAIPs juga sentiasa meminta laporan aktiviti daripada NGO tersebut bagi memastikan penggunaan dana adalah selaras dengan tujuan yang ditetapkan,” katanya.

Jelas beliau, selepas bantuan zakat disalurkan, pengurusan dalaman NGO berkenaan adalah di bawah tanggungjawab kepimpinan organisasi masing-masing.

“MAIPs sendiri setiap tahun menerima sijil audit bersih sebagai tanda pematuhan terhadap prosedur yang ditetapkan dalam pengurusan zakat,” katanya lagi.

Related Posts

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

PUTRAJAYA – Kerajaan menetapkan ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ sebagai tema rasmi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM2026), selain mengekalkan logo Malaysia MADANI sebagai identiti rasmi sambutan sehingga tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karisma dan diplomasi MADANI

Karisma dan diplomasi MADANI

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi