BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

PUTRAJAYA – Pelaksanaan kaedah bekerja dari rumah (BDR) dalam sektor awam mencatatkan penjimatan kira-kira 334,000 liter bahan api bernilai lebih RM678,000 dalam tempoh seminggu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penjimatan itu direkodkan bagi tempoh 15 hingga 21 April hasil pelaksanaan dasar berkenaan.

Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan impak positif BDR dalam mengurangkan kos, khususnya penggunaan bahan api dalam kalangan penjawat awam.

“Anggaran penjimatan ini dibentangkan kepada Jemaah Menteri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dalam mesyuarat Kabinet hari ini,” katanya pada sidang media mingguan di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata, lebih 155,000 penjawat awam telah memohon untuk melaksanakan BDR setakat ini.

Menurutnya, kerajaan turut meneliti potensi penjimatan lebih besar dengan mendapatkan maklumat daripada sektor swasta berhubung pelaksanaan kaedah sama.

“Kita mahu melihat sejauh mana penjimatan keseluruhan yang boleh dicapai melalui pendekatan ini,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan dasar BDR membabitkan kementerian, agensi, badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC), berkuat kuasa mulai 15 April lalu.

Related Posts

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berjaya menjimatkan 4.05 juta liter penggunaan petrol, sekali gus mengurangkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM7.31…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya