Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi.

Mangsa adalah warga Thailand, Mr Sa-Edin Samaae, 57, bersama enam rakan senegara menaiki van sewa singgah di hentian itu untuk ke tandas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, mangsa yang berada dalam keadaan tidak sihat sejak dua minggu lalu bertolak dari Endau, Mersing, Johor kira-kira jam 9 malam semalam.

Menurutnya, mangsa berasal dari Pattani, Thailand dan bekerja sebagai nelayan di sebuah syarikat, dipercayai pitam dan terjatuh di hadapan tandas.

“Berdasarkan keterangan pemandu van yang dinaiki (saksi), mangsa mengadu tidak sihat ketika dalam perjalanan dan minta singgah di R&R itu untuk ke tandas.

“Semasa keluar dari tandas, saksi ternampak mangsa berdiri sambil memegang tiang batu sebelum rebah,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Ashari berkata, mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri diangkat dan dibaringkan di atas kerusi batu sementara menunggu bantuan perubatan.

“Bagaimanapun hasil pemeriksaan pasukan perubatan yang tiba bersama ambulans mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dikatakan mahu pulang ke Thailand kerana tidak sihat selepas kedua belah kakinya bengkak.

“Dia dikatakan tidak pernah mendapat rawatan lanjut sebaliknya hanya bergantung kepada ubat yang dibeli di farmasi sahaja,” katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk proses bedah siasat.

Related Posts

Amuk pekerja asing mabuk, polis bantuan parah ditetak di leher

MUKAH – Tindakan seorang pekerja asing mengamuk di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Sebakong memakan diri apabila dia ditahan kerana menetak leher anggota polis bantuan pada Rabu. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemaju dikompaun RM125,000 gagal adakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama

KUALA SELANGOR – Sebuah syarikat pemaju di Puncak Alam dikenakan kompaun RM125,000 kerana gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Perbadanan Pengurusan. Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dalam satu kenyataan berkata…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Parlimen bakal main peranan lebih besar, semak calon Pendakwa Raya melalui JKPKP

Parlimen bakal main peranan lebih besar, semak calon Pendakwa Raya melalui JKPKP

Anwar sifatkan pemilihan Yasmeen Shariff ke CRC PBB satu kebanggaan buat negara

Anwar sifatkan pemilihan Yasmeen Shariff ke CRC PBB satu kebanggaan buat negara

Amuk pekerja asing mabuk, polis bantuan parah ditetak di leher

Amuk pekerja asing mabuk, polis bantuan parah ditetak di leher

NACCOL dan pelbagai agensi aktif tangani kos sara hidup rakyat

NACCOL dan pelbagai agensi aktif tangani kos sara hidup rakyat

UMNO dikawal Istana punca Puad Zarkashi keluar parti

UMNO dikawal Istana punca Puad Zarkashi keluar parti

Pemaju dikompaun RM125,000 gagal adakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama

Pemaju dikompaun RM125,000 gagal adakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama