Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

KUALA LUMPUR – Permohonan untuk mengekalkan kuota 300 liter BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi pengamal media akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Selasa ini untuk pertimbangan lanjut.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, permohonan yang dikemukakan Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) itu akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Saya akan bawa ke mesyuarat MTEN pada Selasa nanti bagi mendapatkan pertimbangan lanjut berhubung permohonan berkenaan,” katanya selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kesihatan Awam Universiti Malaya (UM) di Pantai Dalam, di sini, semalam.

Sebelum ini, GKMM dilaporkan memohon kerajaan mempertimbangkan pengecualian khas kepada pengamal media berdaftar bagi mengekalkan kuota 300 liter petrol RON95 sebulan.

Menurut GKMM, banyak aduan diterima daripada pengamal media terutama yang perlu melakukan perjalanan jauh dan membuat liputan harian di pelbagai lokasi.

Tambahnya, keputusan mengehadkan kuota BUDI95 kepada 200 liter sebulan dilihat memberi cabaran kepada pengamal media dalam melaksanakan tugasan lapangan khususnya di kawasan jauh dari pejabat.

Dalam perkembangan lain, Fahmi memaklumkan Kementerian Komunikasi turut memperkenalkan langkah baharu bagi memudahkan akses maklumat kepada pengamal media berkaitan isu semasa termasuk krisis tenaga global.

“Bermula Rabu minggu hadapan, sesi taklimat berkaitan krisis tenaga global dan sidang media pasca Mesyuarat Jemaah Menteri akan dilaksanakan secara hibrid.

“Ini bagi membolehkan wartawan sama ada bertugas di Putrajaya hadir secara fizikal atau yang berada di Kuala Lumpur mengikuti secara dalam talian serta mengemukakan soalan,” katanya.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata, inisiatif itu bertujuan memastikan penyampaian maklumat lebih meluas selain mengambil kira kekangan logistik dan kos pengamal media.

“Sebagai Jurucakap Kerajaan MADANI, saya melihat keperluan untuk mempermudah rakan media mendapatkan maklumat secara terus tanpa mengira lokasi,” katanya.

Related Posts

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan supaya sesi taklimat media secara berkala diadakan berhubung pelaporan isu penyelesaian sempadan darat sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) bagi mengelakkan salah faham…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun media…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi