44 rumah Kampung Penangah musnah dalam kebakaran 

KINABATANGAN – Sebanyak 74 keluarga kehilangan tempat tinggal selepas 44 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Penangah, Tongod, di sini, pada malam Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nurul Azlan Shah Jamalludin, jumlah  isi rumah yang terjejas membabitkan seramai 131 lelaki dan 151 perempuan di kampung tersebut.

Jelas beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 berhubung insiden itu pada pukul 7.24 malam.

Azlan berkata, seramai 13 anggota dengan bantuan BBP Beluran bersama dua jentera dan utiliti bergegas ke lokasi terletak 174 kilometer dari balai bomba berkenaan.

“Anggaran jumlah kebakaran rumah melibatkan 44 rumah jenis tidak kekal dan separuh kekal berkeluasan tiga ekar terbakar sepenuhnya.

“Manakala, terdapat sebuah kenderaan yang  turut terbakar sepenuhnya.

“Bagi operasi pemadaman, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 900 kaki pancutan melalui sumber air terbuka,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Tambahnya, api berjaya dikawal pada pukul 2.30 pagi tadi manakala masa operasi tamat pada pukul 7.10 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Related Posts

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

SANDAKAN – Kebakaran kedua dalam tempoh 10 hari di kawasan Batu Sapi mencetuskan kebimbangan serius terhadap tahap kesiapsiagaan penduduk. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

SANDAKAN – Seramai 160 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dalam kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia pada 19 April lepas menerima 127 bakul makanan daripada Sabah Electricity (SE) pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

Dua blok kuarters guru, kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran

Dua blok kuarters guru, kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran

Jambatan baharu Nanga Apan pulihkan akses warga SK Ulu Kabo

Jambatan baharu Nanga Apan pulihkan akses warga SK Ulu Kabo

UMNO hormati 14 ADUN Negeri Sembilan, kekal sokong Kerajaan Perpaduan

UMNO hormati 14 ADUN Negeri Sembilan, kekal sokong Kerajaan Perpaduan

Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak

Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak