Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

KUCHING – Parti Sedar Rakyat yang kini dalam proses penjenamaan semula kepada Parti Wawasan Rakyat, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg. 

Presidennya, Affendi Jeman berkata, sokongan itu diberikan selepas melihat keupayaan kepimpinan negeri dalam melindungi kebajikan rakyat, khususnya bagi mendepani tekanan ekonomi global susulan konflik di Asia Barat.

Susulan itu, tegas beliau, parti berkenaan telah membuat satu keputusan strategik berhubung penyertaan mereka dalam pilihan raya negeri akan datang.

Menurutnya, Parti Sedar Rakyat telah memutuskan bahawa antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak akan ditandingi adalah kerusi yang disandang oleh Premier Sarawak.

“Ini adalah kerana beliau merupakan pemimpin yang sedang berkhidmat dengan cemerlang dan wajar diberikan ruang untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan negeri,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Affendi berkata, pendekatan tersebut secara jelas mencerminkan keutamaan parti terhadap kestabilan dan kepentingan rakyat, mengatasi pertimbangan politik semata-mata. 

Tambahnya, pihak parti berikrar untuk mengambil pendekatan bertanggungjawab dan tidak akan mengambil apa-apa pendirian yang boleh menggugat kestabilan kepemimpinan negeri pada masa ini. 

Keutamaan mereka adalah bagi memastikan kesinambungan dasar dan pelaksanaan yang memberi manfaat kepada rakyat tidak terganggu.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memuji langkah proaktif serta berpaksikan rakyat oleh Kerajaan Sarawak yang melaksanakan potongan bil elektrik sebanyak 25 peratus untuk meringankan beban lebih 700,000 isi rumah. 

Menurutnya, inisiatif lain juga turut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat, antaranya termasuklah peningkatan peruntukan bagi Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) serta pemberian diskaun sehingga 50 peratus ke atas sewaan pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan.

“Dalam keadaan ekonomi global yang mencabar, rakyat memerlukan kestabilan, kesinambungan dan kepimpinan yang terbukti mampu bertindak dengan pantas dan berkesan. Itu adalah keutamaan yang harus kita pertahankan bersama,” tegasnya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai