Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE

KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan sebagai langkah wajar yang memberi kelegaan besar kepada rakyat.

Rata-rata pengguna menyuarakan rasa syukur dan merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana kekal prihatin dalam memastikan kebajikan mereka terus terpelihara melalui pengekalan harga bersubsidi yang lebih rendah berbanding di Semenanjung Malaysia.

Bagi seorang penjawat awam, Aloysius Sam, 28, pengekalan harga itu amat bermakna memandangkan diesel di Sarawak bukan sekadar bahan api kenderaan biasa, sebaliknya ia sangat penting dalam kehidupan harian penduduk khususnya di luar bandar.

“Keadaan geografi yang luas dan mencabar menyebabkan ramai penduduk masih bergantung kepada kenderaan pacuan empat roda, bot serta generator diesel untuk bekalan elektrik.

“Sekiranya harga diesel meningkat, kos hidup pasti akan turut naik dan memberi kesan besar kepada penduduk di kawasan pedalaman. 

“Langkah (pengekalan) ini jelas memberi kelegaan kepada rakyat serta menyokong kelangsungan aktiviti ekonomi setempat,” katanya yang turut berterima kasih atas keprihatinan kerajaan.

Pandangan senada disuarakan oleh pekerja swasta, Abdul Muhaimin, 33, yang bersyukur kerana penetapan harga yang lebih rendah di Sarawak itu banyak membantu meringankan beban perbelanjaan hariannya yang kerap melakukan perjalanan jauh bagi urusan kerja.

Menurutnya, penjimatan kos bahan api tersebut memberikan kesan yang cukup besar terhadap pengurusan kewangan bulanannya.

“Apa yang saya boleh katakan perbezaan harga yang ketara itu memberi kelebihan kepada rakyat Sarawak khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman yang bergantung kepada kenderaan diesel sebagai pengangkutan utama. 

“Saya amat berharap kerajaan dapat mengekalkan harga sedia ada demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya sambil merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen Kerajaan MADANI.

Pandangan senada disuarakan oleh usahawan bunga, Sandra, 54, yang mengakui harga minyak bersubsidi yang rendah sememangnya memberi nafas lega kepada rakyat dalam mendepani kos sara hidup yang semakin mencabar ketika ini.

Jelasnya, inisiatif kerajaan itu sangat membantu mengurangkan beban perbelanjaan harian seperti kos pengangkutan dan harga barangan yang bergantung sepenuhnya kepada kos bahan api.

“Namun begitu, saya sedar mengekalkan subsidi dalam jangka panjang bukan sesuatu yang mudah terutama apabila berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan tekanan inflasi.

“Harapan saya agar harga ini dikekalkan, namun pada masa sama, pendekatan subsidi bersasar mungkin boleh dilaksanakan supaya bantuan benar-benar sampai kepada golongan memerlukan tanpa membebankan kewangan negara secara berlebihan,” ujarnya.

Sementara itu, bagi usahawan, Abdul Hafeez, 36, turut senada memuji usaha kerajaan mengekalkan harga diesel yang lebih rendah di Sarawak.

Jelasnya, inisiatif berkenaan sangat membantu dalam mengurangkan kos sara hidup pelbagai lapisan masyarakat, terutama rakyat luar bandar, petani, nelayan dan peniaga kecil yang bergantung penuh kepada pengangkutan harian.

“Pada pandangan saya, langkah ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat di Sarawak yang berdepan cabaran geografi dan kos logistik yang tinggi.

“Harapan saya agar subsidi ini dapat diteruskan secara konsisten, ditambah baik supaya lebih bersasar, serta disokong dengan perancangan jangka panjang demi kesejahteraan rakyat,” tambahnya.

Related Posts

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

PUTRAJAYA – Penubuhan Tabung Pendidikan Matadeng hasil inisiatif Sarawak Energy Berhad (SEB) bakal menjadi talian hayat membantu anak luar bandar di Mukah melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT). Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

MUAR – Kehadiran ribuan penyokong mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Soraya Badaruddin memeriahkan suasana proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang pada Sabtu. Turut hadir memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis

Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis