Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

BUTTERWORTH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang merekodkan sebanyak 11 kes panggilan palsu sepanjang tempoh Januari hingga Mac tahun ini sekali gus memberi kesan kepada kecekapan operasi serta pembaziran sumber kewangan negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, setiap panggilan yang diterima akan dianggap sebagai kecemasan sebenar dan pasukan akan digerakkan segera ke lokasi walaupun akhirnya didapati ia hanya panggilan palsu.

“Perbuatan ini amat merugikan kerana ia bukan sahaja melibatkan kos operasi yang tinggi malah boleh menjejaskan tindak balas terhadap kejadian sebenar yang mungkin berlaku serentak dan berisiko mengancam nyawa,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 JBPM Pulau Pinang.

Tambahnya, situasi semasa termasuk peningkatan kos bahan api susulan ketidaktentuan di Asia Barat turut memberi kesan kepada perbelanjaan operasi pasukan penyelamat.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sebanyak 2,434 panggilan kecemasan direkodkan di Pulau Pinang bagi tempoh sama, melibatkan 1,360 kes kebakaran, 927 kes penyelamatan dan 136 tugas khas.

“Daripada segi kerugian, jumlah keseluruhan dianggarkan mencecah RM23.86 juta manakala nilai harta benda yang berjaya diselamatkan pula dianggarkan sebanyak RM45.07 juta pada tempoh yang sama,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan kejadian kebakaran terbuka menunjukkan trend membimbangkan sebelum ini susulan cuaca panas melampau sejak Januari lalu yang mencecah suhu sehingga 38 darjah Celsius.

“Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 121 kes kebakaran hutan direkodkan diikuti kebakaran belukar sebanyak 546 kes serta kebakaran melibatkan kebun atau ladang sebanyak 10 kes.

“Bagaimanapun, keadaan itu dijangka beransur pulih berikutan taburan hujan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini di beberapa negeri termasuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang,” katanya lagi.

Dalam aspek penguatkuasaan keselamatan kebakaran pula, Ahmad Izram berkata, sebanyak 633 premis di negeri ini direkodkan memiliki Sijil Perakuan Bomba (Fire Certificate) manakala kira-kira 227 premis masih belum mematuhinya.

“Selain itu, sebanyak 330 pemeriksaan keselamatan kebakaran telah dijalankan sehingga Mac lalu melibatkan pelbagai kategori premis dengan 141 notis dikeluarkan atas ketidakpatuhan terhadap aspek keselamatan.

“Sehubungan itu, kita memohon orang ramai agar tidak menyalahgunakan talian kecemasan demi kepentingan bersama serta memastikan keselamatan awam terus terjamin,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, selain kes kebakaran, JBPM Pulau Pinang turut mengendalikan 4,397 kes melibatkan operasi penyelamatan dan khidmat khas, meningkat 11.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, sebanyak 1,966 kes kebakaran direkodkan di Pulau Pinang sepanjang tahun 2025 dengan anggaran nilai harta benda awam yang berjaya diselamatkan mencecah RM223 juta.

“Kebanyakan insiden kebakaran yang berlaku dikenal pasti berpunca daripada kecuaian manusia dalam menjalankan aktiviti harian, sama ada di rumah mahupun di tempat kerja.

“Sehubungan itu, JBPM mempergiatkan usaha penguatkuasaan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) bagi memastikan tahap keselamatan kebakaran sentiasa dipatuhi oleh masyarakat,” katanya.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat