Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

KUCHING – Sarawak terus komited memastikan kesejahteraan rakyat terjamin menerusi pelaksanaan dasar tenaga yang lebih efisien, khususnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan bahan api diesel.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah proaktif kerajaan memperkasa prasarana mula menampakkan hasil positif, lebih-lebih lagi tatkala dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi.

Menurutnya, konflik Asia Barat yang memberi tekanan terhadap harga minyak dunia serta kos sara hidup menuntut kerajaan mencari jalan penyelesaian alternatif.

“Pelaksanaan dasar dan projek berimpak tinggi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan bagi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan yang lebih baik.

“Pada masa sama, kita tidak mahu rakyat terbeban dengan kenaikan kos hidup,” katanya ketika mengulas mengenai manfaat inisiatif tenaga kerajaan Sarawak, baru-baru ini.

Antara inisiatif yang mengubah landskap kehidupan luar bandar ialah Skim Elektrifikasi Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES) yang membekalkan tenaga elektrik 24 jam melalui sistem solar.

Jelas Abang Johari, SARES berjaya membebaskan penduduk daripada pergantungan kepada enjin jana kuasa diesel yang menelan kos tinggi serta harga yang tidak menentu.

“Melalui SARES, penduduk luar bandar kini menikmati bekalan elektrik berterusan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada diesel, sekali gus meningkatkan taraf dan keselesaan hidup mereka,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri turut menggerakkan strategi menukar perkhidmatan feri di laluan-laluan utama kepada rangkaian jambatan tanpa tol.

“Pembinaan jambatan ini bukan sahaja memudahkan perhubungan rakyat, malah ia merupakan langkah serampang dua mata serta pelan jangka panjang kita untuk mengurangkan kebergantungan perkhidmatan pengangkutan terhadap diesel,” tegasnya.

Untuk rekod, sebanyak enam jambatan telah pun siap dibina setakat ini manakala empat lagi disasarkan siap dalam tahun ini.

Peralihan daripada operasi feri berkenaan telah menjimatkan jutaan ringgit kos bahan api diesel, di mana penjimatan tersebut kini disalurkan semula dalam bentuk projek dan program yang memberi manfaat terus kepada rakyat.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit