Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini.

Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan sebahagian laluan terpaksa dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda jalan yang disediakan serta lebih berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut sepanjang tempoh berkenaan.

Difahamkan, laluan alternatif telah disediakan bagi memastikan aliran trafik kekal lancar walaupun terdapat penutupan sementara di lokasi terlibat.

Orang awam juga digalakkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesesakan.

Segala kesulitan yang timbul adalah amat dikesali.

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang