Harga diesel turun 75 sen

PUTRAJAYA – Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 75 sen kepada RM5.97 seliter berkuat kuasa esok hingga Rabu depan.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan, penetapan kadar baharu itu susulan harga bahan bakar berkenaan turun 75 sen berbanding RM6.72 seliter pada minggu sebelumnya.

“Selain itu, harga petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi turut mencatat penurunan masing-masing sebanyak 25 sen bagi tempoh sama,” katanya, seperti dilapor Bernama.

MoF turut memaklumkan, harga baharu RON97 tanpa subsidi ditetapkan pada RM5.10 seliter, manakala RON95 pula RM4.02 seliter.

Dalam pada itu, kementerian memaklumkan kerajaan dianggarkan menanggung sekitar RM7 bilion sebulan berdasarkan harga semasa bahan api di pasaran global.

“Subsidi RON95 meningkat daripada RM300 juta sebelum konflik kepada kira-kira RM4 bilion sebulan, manakala subsidi diesel melonjak daripada sekitar RM400 juta kepada sekitar RM3 bilion sebulan,” menurut kenyataan itu lagi.

MoF berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan global secara rapi dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil serta mencukupi.

Related Posts

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menghormati pendirian Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

KENYATAAN Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyerahkan kepada ahli parti itu sama ada mahu menyumbang kepada tabung bagi membantu Datuk Seri Najib Razak membayar denda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

  • By Ezmie
  • September 20, 2026
Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM