Mangsa kritikal dengan bacaan GCS paling rendah, tidak sedarkan diri sepenuhnya

KOTA KINABALU – Saksi ke-69 memaklumkan kepada mahkamah koroner bahawa mangsa berada dalam keadaan kritikal dengan bacaan ‘Glasgow Coma Scale’ (GCS) paling rendah ketika sampa asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.

Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kinarut, Mohd Faizal Md Saimi saksi ke-69 memaklumkan bahawa bacaan GCS 3 daripada 15, iaitu tahap paling rendah yang menunjukkan keadaan tidak sedarkan diri sepenuhnya.

“Ketika tiba di asrama perempuan SMKA Tun Datu Mustapha, Kinarut kira-kira pukul 3.45 pagi, saya melihat ramai guru dan pelajar dalam 10 orang.

“Saya juga melihat seorang pelajar perempuan menggunakan baju sukan bewarna putih serta berseluar panjang sukan bewarna hitam tanpa memakai tudung dan terbaring di lantai simen berada ditepi bangunan dalam keadaan gelap.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak memberi respons apabila dipanggil, namun masih bernafas dalam keadaan normal,” katanya dalam prosiding inkues Mahkamah, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau dimaklumankan oleh salah seorang guru mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama, namun tiada saksi yang melihat kejadian tersebut.

Selain itu, pemeriksaan fizikal mendapati kecederaan pada beberapa anggota badan mangsa, termasuk pergelangan kaki kiri dan tangan kiri yang dipercayai mengalami kepatahan, selain luka pada bahagian kaki.

Katanya, rawatan awal diberikan di lokasi kejadian termasuk pemasangan alat sokongan leher, balutan luka serta ‘splint’ sebelum mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan lanjut.

“Sepanjang perjalanan ke hospital, keadaan vital mangsa seperti tekanan darah, nadi, kadar pernafasan dan tahap oksigen dilaporkan berada dalam julat normal, namun bantuan oksigen tetap diberikan sebagai langkah sokongan.

“Kami tiba di unit kecemasan Hospital Queen Elizabeth (QHE) sekitar pukul 4.27 pagi.

“Saya terus membawa mangsa masuk ke zon kritikal resusitasi atas arahan kakitangan HQE 1 dan memindahkan mangsa ke katil dan membuat urusan serah tugas,” kongsinya.

Allahyarhamah adik Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, selepas ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira 4 pagi berhampiran longkang di asrama sekolahnya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar