BDR bukan ancaman produktiviti – KP JPA

GOPENG – Pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) bagi penjawat awam bermula 15 April ini tidak menjejaskan produktiviti, sebaliknya diperkukuh melalui pemantauan rapi berasaskan prestasi dan hasil kerja.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, setiap penjawat awam perlu memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) sebaik tugasan diberikan, dengan penilaian dibuat pada akhir tempoh kerja.

Menurutnya, penggunaan Sistem Pemantauan Operasi Tugas Secara Elektronik (SPOT-Me) oleh Jabatan Digital Negara (JDN) memastikan kehadiran dipantau setiap jam, sekali gus mengekang isu culas.

“Tiada isu ‘mengular’ kerana pemantauan dibuat secara konsisten. Fokus utama adalah output yang ditetapkan sepanjang BDR,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Program Kampung dan Sekolah Angkat MADANI JPA di Kampung Kota Baharu, di sini pada Sabtu.

Beliau menambah, pelaksanaan BDR bukan perkara baharu kerana telah dibuktikan berkesan ketika pandemik COVID-19, selain menuntut kepercayaan antara majikan dan pekerja.

Dalam perkembangan sama, JPA mempergiat usaha memperkasa komuniti menerusi Program Kampung dan Sekolah Angkat MADANI yang kini memasuki tahun ketiga sejak diperkenalkan pada 2024.

Program di Kampung Kota Bharu melibatkan peruntukan RM600,000, merangkumi RM500,000 bagi Kampung Angkat MADANI (KAM) dan RM100,000 untuk Sekolah Angkat MADANI (SAM).

Sebanyak lapan projek fizikal berimpak tinggi dilaksanakan di bawah KAM, termasuk naik taraf balai raya, masjid, balai polis, pemasangan lampu solar, klinik kesihatan dan gelanggang pelbagai guna, selain pembinaan mercu tanda kampung serta naik taraf astaka sekolah.

Bagi SAM, fokus diberikan kepada peningkatan kemudahan pendidikan melalui naik taraf makmal sains, bengkel Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta pembekalan komputer.

Program itu turut disusuli inisiatif Ziarah Cakna Sentuhan Kasih dengan penyampaian bantuan keperluan asas dan peralatan mobiliti kepada pesara kerajaan sebagai penghargaan terhadap jasa mereka.

JPA menegaskan, inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan memastikan dasar dilaksanakan secara berkesan di peringkat akar umbi serta merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar.

Related Posts

2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

KUANTAN – Tujuh warga Nepal cedera selepas sebuah bas persiaran membawa 36 penumpang terbalik dalam kemalangan melibatkan dua bas persiaran dan sebuah kenderaan utiliti sukan di KM15 jalan turun Genting…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

PSG kekal ‘Raja Bola sepak Eropah’ selepas kalahkan Arsenal

PSG kekal ‘Raja Bola sepak Eropah’ selepas kalahkan Arsenal

2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar