Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan pendekatan subsidi bersasar sebagai mekanisme penampan dengan mengekalkan harga RON95 dan diesel tertentu, di samping membenarkan bahan api tidak bersubsidi diselaras mengikut harga pasaran bagi mengurangkan impak krisis tenaga global terhadap rakyat.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pendekatan itu turut memastikan sektor kritikal terus dilindungi, termasuk perikanan, pengangkutan awam dan kenderaan logistik yang layak menikmati diesel pada kadar terkawal.

“Sektor kritikal yang masih menikmati diesel bersubsidi seperti golongan nelayan kekal menikmati diesel pada RM1.65 seliter.

“Bagi kenderaan pengangkutan awam darat antaranya bas sekolah dan ekspres, ambulans serta bomba pada harga RM1.88 seliter selain kenderaan logistik berkelayakan dan pengguna di Sabah dan Sarawak pada harga RM2.15 seliter,” katanya pada Taklimat Krisis Tenaga Global di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, peningkatan harga global didorong oleh ketidakseimbangan bekalan dan permintaan, selain risiko keselamatan serta lonjakan kos logistik dan insurans.

Menurutnya, sebelum tercetusnya konflik Asia Barat, kerajaan membelanjakan kira-kira RM700 juta bagi subsidi bahan api.

“Untuk terus melindungi rakyat daripada kesan langsung krisis tenaga ini, kerajaan mewujudkan ‘buffer’ atau penampan dengan mengekalkan penyasaran subsidi RON95 dan diesel pada harga yang telah ditentukan dan menetapkan harga minyak yang tidak bersubsidi supaya sejajar dengan harga pasaran.

“Kerajaan kini menanggung kos subsidi petrol dan diesel sebanyak RM6 bilion berbanding dengan kos sebelum perang iaitu RM700 juta demi melindungi rakyat daripada beban kenaikan harga minyak yang mendadak.

“Pengguna petrol yang layak menerima subsidi BUDI95 dan hanya perlu membayar harga siling RM1.99 seliter menikmati subsidi daripada kerajaan sebanyak RM456,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan terus memastikan kumpulan sasar dan sektor penting kekal menerima manfaat subsidi diesel.

Ini termasuk nelayan yang menikmati harga RM1.65 seliter, pengangkutan awam darat seperti bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba pada RM1.88 seliter, serta kenderaan logistik berkelayakan dan pengguna di Sabah dan Sarawak pada RM2.15 seliter.

“Seramai 340,000 penerima BUDI Individu dan petani kecil di bawah BUDI Agri-Komoditi menerima bantuan tunai bersasar diesel sebanyak RM200 yang dinaikkan untuk sementara waktu kepada RM300,” katanya.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan