ADUN Tellian sumbang RM5,000 buat Kelab Kebudayaan SMK Three Rivers

MUKAH – Sejumlah RM5,000 disumbangkan kepada Kelab Kebudayaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers sebagai tanda sokongan terhadap penyertaan pelajar berkenaan ke pertandingan tarian peringkat negeri Sarawak di Miri pada minggu depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, sumbangan yang disalurkan melalui Program Fifty7talent di bawah Biro Pendidikan Mukah itu bertujuan melonjakkan semangat serta keyakinan golongan pelajar.

“Sumbangan ini adalah tanda sokongan agar pelajar Mukah terus melangkah lebih berani dan mengukir kejayaan di pelbagai peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan tersebut di SMK Three Rivers pada Jumaat.

Menurut Royston, semangat, disiplin dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh kelab kebudayaan sekolah berkenaan mencerminkan potensi besar mereka untuk bersaing secara sihat di peringkat negeri.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan golongan pelajar setiap peluang membuat persembahan di pentas adalah ruang terbaik untuk mengembangkan potensi diri, sekali gus membanggakan nama sekolah dan komuniti setempat.

Terdahulu, penyerahan sumbangan tersebut disampaikan dalam satu sesi ringkas yang turut dihadiri oleh Pengetua SMK Three Rivers, Donny Dahlan dan Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Mukah, Shazwan Serun.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014