Lapan kanak-kanak jalani pemeriksaan tibi, kerajaan pastikan kebajikan terpelihara – Nancy Shukri

KUCHING – Lapan kanak-kanak kini ditempatkan di Wad Kanak-Kanak Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini bagi menjalani pemantauan rapi berhubung jangkitan penyakit batuk kering atau Tuberkulosis (tibi).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, proses saringan itu memerlukan tempoh pemerhatian yang teliti oleh pegawai perubatan bagi memastikan kesemua mereka benar-benar bebas daripada wabak berkenaan.

Menurut beliau, Perintah Sementara bagi tujuan perlindungan kanak-kanak tersebut hanya akan dikeluarkan selepas mereka dibenarkan discaj dari hospital, yang dijangka selewat-lewatnya pada penghujung April ini.

“Bagi memastikan keselamatan mereka terjamin, dua kanak-kanak lelaki berusia 11 dan 15 tahun akan ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman.

“Sementara itu, lima lagi kanak-kanak berusia di bawah 10 tahun bersama-sama seorang bayi perempuan berumur 3 bulan akan dijaga di Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Kuching,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menyentuh isu dokumentasi pengenalan diri, Nancy menjelaskan enam daripada kanak-kanak terbabit telah disahkan mempunyai sijil lahir.

Bagaimanapun, dua lagi kanak-kanak masih belum didaftarkan ekoran masalah kekangan kewangan dan ketiadaan pengangkutan oleh ibu kandung mereka sebelum ini.

Prihatin dengan rintihan tersebut, beliau menegaskan Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini sedang membantu dan membimbing ibu bapa tersebut bagi melunaskan urusan pendaftaran itu demi menjamin masa depan mangsa.

Dalam perkembangan sama, Nancy memaklumkan enam ahli keluarga dewasa yang terdiri daripada ibu bapa kandung dan waris terdekat turut ditahan di wad untuk rawatan dan pemantauan penyakit sama.

Bagi mengelakkan keluarga ini terabai selepas keluar dari hospital kelak, JKM telah merangka pelan penempatan sementara untuk mereka di pusat transit gelandangan, Anjung Singgah di sini.

“Seterusnya, keluarga ini akan dipindahkan ke bilik sewaan yang lebih mampu milik.

“Kerajaan juga akan menyalurkan Tabung Bantuan Segera bagi menampung bayaran deposit sewaan tersebut, manakala cadangan bantuan kewangan susulan akan dipertimbangkan sebaik sahaja mereka mempunyai alamat tempat tinggal yang tetap,” jelasnya.

Foto: Facebook Hajah Nancy Haji Shukri 


Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16