Tiga murid alami dehidrasi ketika merentas desa, JPNT arah langkah pencegahan diperkukuh

JABATAN Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) memandang serius insiden melibatkan tiga murid sekolah di daerah Kemaman yang dilaporkan mengalami keletihan dan simptom dehidrasi selepas menyertai program merentas desa pada pagi semalam.

Dalam kenyataan hari ini, JPNT memaklumkan pihak sekolah telah mengambil tindakan segera dengan membawa murid terlibat ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Ibu bapa murid turut dimaklumkan
berhubung kejadian tersebut.

Pihak JPNT juga menafikan berita yang tular di media sosial yang mengatakan bahawa pelajar tersebut mengalami strok haba.

Sehubungan itu, JPNT mengingatkan semua pentadbir sekolah agar meningkatkan langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang, khususnya ketika pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah.

Antara langkah yang disarankan termasuk menyediakan pasukan penyelamat seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Bulan Sabit Merah Malaysia atau St. John Ambulans bagi setiap aktiviti luar yang melibatkan murid dan guru.

Selain itu, pihak sekolah juga diminta sentiasa mematuhi garis panduan serta siaran semasa berkaitan tahap cuaca dan suhu melalui portal Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum melaksanakan sebarang aktiviti luar.

Dalam masa sama, Jawatankuasa 3K daerah turut diarahkan untuk membuat semakan dan siasatan berkaitan insiden tersebut serta mengemukakan laporan segera kepada JPNT bagi tindakan lanjut.

JPNT menegaskan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap pelaksanaan aktiviti di sekolah.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16