Penutupan jalan masuk Bandar Prima selama 4 hari bermula 11 April

SANDAKAN – Jabatan Air Bahagian Sandakan akan melaksanakan penutupan jalan masuk ke Bandar Prima selama empat hari bermula 11 April hingga 14 April ini.

Jurutera Jabatan Air Bahagian Sandakan, Ts. Nelly Juee Phillip berkata, penutupan itu melibatkan kawasan simpang masuk ke Bandar Prima bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengorekan.

Menurutnya, kerja berkenaan dijalankan bagi membaiki paip utama bersaiz 1200 milimeter di lokasi tersebut.

“Penutupan jalan ini dijangka mengambil masa selama empat hari bagi memastikan kerja pembaikan dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Beliau berkata, hebahan kepada orang awam dibuat bagi memaklumkan penduduk khususnya di Sandakan mengenai penutupan jalan tersebut.

“Selain itu, pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang akan disediakan sepanjang tempoh penutupan,” ujarnya.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan