Bantuan mahasiswa Malaysia terjejas konflik Asia Barat akan sentiasa diselaras – Zambry

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus menyelaras bantuan kepada mahasiswa Malaysia yang terjejas akibat konflik di Asia Barat secara kes demi kes.

Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir berkata, keutamaan akan diberikan dengam memastikan keselamatan pelajar terjamin serta tindakan diambil berdasarkan situasi di setiap negara.

Menurutnya, sejak krisis bermula, kementeriannya telah menjalinkan kerjasama rapat dengan Kementerian Luar yang bertanggungjawab memantau keberadaan rakyat Malaysia di luar negara termasuk pelajar.

“Sebarang keputusan yang dibuat di peringkat kabinet atau jawatankuasa khas yang melibatkan kebajikan pelajar akan dilaksanakan oleh KPT dengan segera.

“Pada masa ini, secara keseluruhannya pelajar Malaysia berada dalam keadaan selamat,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Public-Private Research Network (PPRN) 2026, pada Selasa.

Mengulas mengenai bantuan lanjut, Zambry menjelaskan, pihak kementerian akan menilai keperluan berdasarkan situasi semasa di setiap negara yang terlibat.

Menurut beliau, perbezaan keadaan antara negara seperti Jordan dan United Arab Emirates memerlukan pendekatan berbeza, termasuk dari segi jumlah pelajar serta cabaran yang dihadapi.

“Sebagai contoh, di UAE jumlah pelajar kita tidak ramai, sekitar belasan orang sahaja. Namun di Jordan, terdapat lebih 700 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sana, jadi isu yang dihadapi juga berbeza.

“Sehubungan itu, kerajaan komited untuk memastikan kebajikan semua pelajar Malaysia terus terpelihara sepanjang tempoh krisis tersebut,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Zambry berkata, mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) diberikan fleksibiliti dalam kaedah pembelajaran termasuk kebenaran mengikuti kelas secara dalam talian sekiranya perlu.

Menurut beliau, pihaknya telah memaklumkan kepada universiti-universiti agar memberi kelonggaran kepada pelajar, khususnya dalam situasi yang memerlukan penyesuaian antara pembelajaran dan komitmen lain seperti pekerjaan.

“Ya, sebab itu kita sediakan fleksibiliti kepada pelajar-pelajar. Saya juga telah memaklumkan kepada universiti-universiti supaya membenarkan pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian jika diperlukan.

“Pendekatan tersebut bukan perkara baharu memandangkan kebanyakan universiti sebelum ini telah melaksanakan program pembelajaran secara dalam talian sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan mereka.

“Langkah itu diharap dapat membantu mahasiswa menyeimbangkan keperluan akademik dan cabaran semasa tanpa menjejaskan kualiti pembelajaran,” katanya.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN