Perak salur RM2.56 juta ‘duit poket’ haji, bantu 2,561 jemaah musim 2026

IPOH – Kerajaan Perak memperuntukkan bantuan khas berjumlah RM2.56 juta kepada 2,561 bakal jemaah haji negeri ini sebagai persiapan menunaikan ibadat haji musim 2026, sekali gus meringankan beban kewangan mereka sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bantuan berjumlah RM1,000 bagi setiap jemaah itu merupakan inisiatif di bawah Belanjawan Negeri Perak 2026 yang bertujuan membantu keperluan asas sepanjang berada di Tanah Suci.

“Bantuan ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun Lembaga Tabung Haji setiap jemaah. Bagi pasangan suami isteri, jumlah diterima adalah RM2,000.

“Walaupun tidak besar, ia diharap dapat menampung keperluan penting sepanjang menunaikan ibadah haji,” katanya ketika berucap pada Kursus Perdana Haji Musim Haji 1447 Hijrah/2026 Masihi di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini.

Turut hadir, Pengarah Operasi Bahagian Teknologi Maklumat Haji Lembaga Tabung Haji, Shamsul Kamar Hussein Kamal.

Mengulas lanjut, Saarani menegaskan bantuan berkenaan bukan sahaja meringankan beban, malah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada bakal jemaah haji Perak.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua jemaah agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk Lembaga Tabung Haji dan kerajaan Arab Saudi, khususnya dalam situasi semasa Asia Barat yang tidak menentu.

“Kerajaan Malaysia bersama Tabung Haji sentiasa memantau perkembangan semasa bagi memastikan keselamatan dan kebajikan jemaah terjamin.

“Jemaah juga perlu berwaspada serta mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan sepanjang berada di Tanah Suci,” katanya.

Saarani turut menekankan bahawa peluang menunaikan haji bukan sesuatu yang mudah diperoleh, dengan jumlah permohonan rayuan dianggarkan mencecah antara 70,000 hingga 80,000 setiap tahun berbanding kuota rasmi negara sekitar 31,600 jemaah.

Sehubungan itu, beliau menggesa bakal jemaah supaya membuat persediaan rapi termasuk aspek kewangan dan kesihatan.

“Kewajipan haji tertakluk kepada kemampuan. Justeru, amalan menabung, menjaga kesihatan serta membuat persediaan awal amat penting.

“Malah, aspek kesihatan kini menjadi syarat utama apabila pihak berkuasa Arab Saudi menetapkan jemaah mesti berada dalam keadaan sihat serta bebas daripada penyakit berjangkit berisiko,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Tabung Haji dalam kenyataan memaklumkan seramai 2,561 bakal jemaah haji di Perak mengikuti Kursus Perdana Haji yang berlangsung secara berperingkat dari 3 hingga 12 April.

Menurut kenyataan itu, kursus selama dua hari satu malam berkenaan merupakan kemuncak siri latihan haji selepas Kursus Asas dan Kursus Intensif, bagi memperkukuh kefahaman jemaah mengenai manasik haji sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Sumber: MG Perak
Foto: FB Saarani Mohamad

Related Posts

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

SUNGAI PETANI – Enam sekeluarga maut termasuk seorang bayi berusia enam bulan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanah dan kenderaan utiliti sukan, di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

ISKANDAR PUTERI – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai medan penting untuk membuktikan kekuatan dan kebangkitan semula Barisan Nasional (BN), sekali gus memberi isyarat bahawa “gelombang biru” berpotensi kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM