11 motosikal disita, 37 saman dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan

SANDAKAN – Sebanyak 11 buah motosikal ditahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dalam Op Samseng Jalanan (Motosikal) yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman berkata, dalam operasi yang diadakan di beberapa lokasi tumpuan di daerah tersebut, sebanyak 37 keping saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Sepanjang operasi dijalankan, pihak polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun bersama sebuah motosikal untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 APJ 1987.

“Pemeriksaan menyeluruh telah dijalankan terhadap semua pengguna jalan raya bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta mengesan sebarang kesalahan lain,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Tambah George, operasi tersebut melibatkan seorang pegawai kanan bersama sembilan anggota BSPT.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri sendiri dan orang awam.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit