Langkah tangani krisis tenaga global, lindungi rakyat jadi keutamaan kerajaan

KERAJAAN komited akan terus memperkukuh langkah menangani krisis tenaga global dengan penekanan terhadap usaha melindungi kebajikan rakyat,

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diberi fokus dalam sesi penerangan bersama timbalannya yang juga Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching di Kulai, pada Sabtu.

“Dalam menghadapi cabaran global, kekuatan kita lahir daripada disiplin, diperkukuh dengan kerjasama dan disokong oleh keyakinan.

“Insya-Allah, Malaysia akan terus kekal teguh, stabil dan berdaya tahan menghadapi apa jua rintangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, miliknya, pada Ahad.

Dalam pada itu, Fahmi turut menggesa orang ramai memanfaatkan aplikasi PriceCatcher bagi membuat semakan harga dan pilihan pembelian yang bijak.

PriceCatcher yang dibangunkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan dilancarkan pada Mac 2019, memaparkan harga 480 barangan terpilih di pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit.

Terdapat enam kategori barangan yang dipantau, iaitu barangan segar, barangan kering, barangan berbungkus, susu dan barangan bayi, produk kebersihan serta minuman.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung